Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Anda inginkan sebuah kediaman yang moden dan mewah dengan komuniti semakin berkembang? Eka Height adalah jawapannya. Pembangunan eksklusif dari Matrix Concepts ini bukan sekadar tempat tinggal, ia adalah kanvas untuk bab seterusnya yang menggabungkan ketenangan, kehidupan moden dan pelbagai kemudahan yang menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda diami. Mari MOMI kongsikan sedikit sebanyak mengenai perumahan di Eka Heights ini. | Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Mengenai Eka Heights
Eka Heights merangkumi lebih 371 ekar hartanah utama di Seremban Barat dan merupakan sebuah projek bercita-cita tinggi yang ditetapkan untuk mengembangkan kawasan Greater Kuala Lumpur. Direka untuk mereka yang menghargai komuniti, Eka Heights menawarkan tempat perlindungan di mana anda boleh mencipta kenangan sepanjang hayat bersama keluarga dan juga komuniti.
Eka Heights telah membuktikan tarikannya dengan kejayaan pelancaran Presint 3 dan Presint 10, yang mendapat permintaan yang tinggi ini membawa kepada penjualan cepat, Ini menunjukkan Eka Heights menjadi pilihan ramai dan meyakinkan pembeli rumah yang ingin mencari keselesaan, kemudahan dan pertumbuhan.
Ciri-Ciri Utama Perumahan Di Eka Heights
Eka Heights menawarkan lebih daripada sekadar rumah; ia menyediakan gaya hidup yang memenuhi keperluan yang pelbagai. Sama ada anda dari keluarga yang semakin meningkat, profesional muda atau seseorang yang mencari tempat tinggal yang aman, pastinya anda akan pilih Eka Heights.
Antara ciri-ciri utama di Eka Heights :
- Tanah seluas 371.79 ekar yang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan
- Sebanyak 3,620 unit kediaman menawarkan pelbagai susun atur, sesuai untuk setiap gaya hidup dan saiz keluarga.
- Terdapat 25 unit komersial membawa kemudahan terus ke depan pintu anda dengan perkhidmatan penting dan runcit.
- Taman Mageka seluas 15.5 ekar, pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai, rekreasi, dan berkomuniti.
- Keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights. Pagar keliling dan Pondok Rukun Tetangga yang diletakkan secara strategik demi memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga.
Lokasi Utama dan 'Accessibility'
Pemilihan lokasi adalah segala-galanya di Eka Heights. Terletak dalam Wawasan Malaysia Valley, pembangunan ini dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang mantap dan mempunyai ketersambungan yang sangat baik. Kemudahan akses ke lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan KLIA Linkage memudahkan anda untuk ke Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan destinasi penting lain. Sama ada anda berulang alik ke tempat kerja atau menerokai bandar, Eka Heights sememangnya lokasi yang tepat untuk semua ini.
Kawasan Hijau: Taman Mageka – Alam Semula Jadi di Depan Pintu Anda
Menariknya di Eka Heights, di tengah-tengahnya terletak sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan masyarakat iaitu Taman Mageka. Ia lebih daripada sekadar taman, ia juga tempat penduduk berkumpul untuk berehat, bermain dan membina hubungan yang berkekalan.
Taman Mageka ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
- Tasik seluas 8 ekar, sesuai untuk berjalan-jalan petang atau berkelah di tepi air.
- Kawasan taman permainan seperti buaian gergasi, sangkar rumah pokok dan slaid arca arnab, sesuai untuk kanak-kanak.
- The Sundial Plaza, menawarkan tempat yang indah untuk bertemu rakan-rakan.
- Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif, daripada berbasikal hingga berjoging.
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Rumah Sesuai dengan Gaya Hidup Anda Di Eka Heights
Di Eka Heights, ia bukan hanya tentang mencari rumah; ia mengenai mencari rumah yang melengkapkan gaya hidup anda. Ikut kesesuaian dan keinginan anda, sama ada anda tertarik dengan ketenangan alam semula jadi atau kemeriahan hidup bermasyarakat. Ada dua kawasan perumahan yang akan membangun iaitu Ferra dan Meora.
Ciri Kediaman Di Ferra
Ciri utama kediaman di Ferra ialah ia bersaiz lot 20’ x 70’ dan binaan untuk 2,142 kaki persegi. Ia juga memiliki 4 Bilik Tidur + 3 Bilik Mandi. Ia juga memiliki sistem rumah pintar serta anda bakal memiliki keahlian Clubhouse. Ferra ini mampu mendapatkan pinjaman daripada RM476,999*.
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Ciri Kediaman Di Meora
Ciri utama kediaman di Meora pula ialah ia bersaiz lot 22’ x 70’ dan binaan untuk 2,245 kaki persegi. Ia juga memiliki 4 Bilik Tidur + 4 Bilik Mandi. Menariknya anda adalah pegangan bebas dan ia memiliki reka bentuk yang luas serta banyak fungsi. Ia juga memiliki sistem rumah pintar serta kemudahan komuniti eksklusif. Meora dapat dimiliki dengan pinjaman bank daripada RM574,999*.
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Eka Heights - Nikmati Kehidupan Komuniti Yang Berkembang |
Maklumat Lanjut Mengenai Eka Heights
Untuk maklumat lanjut mengenai Eka Heights, anda boleh terus WhatsApp ke https://wa.link/ghtaxx.
8 Comments