Red Box Plus Kini Di The Exchange TRX


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Buat penggemar Karaoke, MOMI nak kongsikan kepada anda tentang jenama karaoke  terkemuka di Malaysia, Red Box Karaoke kini dibuka dekat cawangan terbarunya di pusat beli-belah, The Exchange TRX. Pembukaan cawangan ini dalam usaha untuk memperkayakan industri pelancongan dan hiburan di Kuala Lumpur. Red Box Plus The Exchange TRX menjanjikan pengalaman yang penuh dengan adunan muzik unik serta suasana yang menyeronokkan sebagai tambahan tarikan kepada para pelancong yang melawat Kuala Lumpur. | Red Box Plus Kini Di The Exchange TRX

Red Box Plus Kini Di The Exchange TRX
Red Box Plus Kini Di The Exchange TRX


Majlis Pembukaan Red Box Plus The Exchange TRX

Majlis pembukaan cawangan Red Box Plus terbaru tersebut, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, merupakan penanda aras baru dalam visi Red Box untuk mengekalkannya sebagai jenama hiburan terkemuka di negara ini selain daripada menjadi salah satu strategi utama dalam memperluaskan ketercapaian jenamanya.

"Melihat ke hadapan, saya yakin Red Box Plus di The Exchange TRX akan menyumbang kepada perkembangan dan kepelbagaian sektor pelancongan Malaysia, serta menetapkan standard baru dalam hiburan. Tahun ini, kita telah mencatat peningkatan dalam kedatangan pelancong, dengan 9.48 juta pelancong pada bulan Mei berbanding 7.48 juta pada tahun lalu. Kementerian mensasarkan 27.3 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan RM102.7 bilion dalam perbelanjaan pelancongan tahun ini, dan pembukaan Red Box Plus di The Exchange TRX dijangka memberi impak yang besar ke arah mencapai sasaran tersebut," kata Khairul Firdaus.

Red Box Plus Kini Di The Exchange TRX
Red Box Plus Kini Di The Exchange TRX

Tarikan Utama Red Box Plus The Exchange TRX

Cawangan terbaru Red Box Plus menawarkan pelbagai pilihan lagu daripada pelbagai genre dan bahasa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat, sama ada penduduk tempatan atau pelancong antarabangsa. Kepelbagaian pilihan ini memberikan pengalaman yang merentasi sempadan kaum, bahasa dan budaya.

Bilik-bilik karaoke moden di Red Box Plus telah direka untuk memberikan pengalaman karaoke yang menyeluruh kepada pelancong luar dan orang ramai. Dengan bilik-bilik yang dilengkapi sistem audio canggih daripada JBL serta peralatan visual yang terkini, para peminat karaoke dapat menikmati bunyi yang jelas dan visual yang mengagumkan, menjadikan sesi karaoke mereka lebih istimewa.

Pembukaan Red Box Plus Di The Exchange TRX Membantu Pelancongan Malaysia

Dengan pembukaan cawangan baru ini, Red Box menunjukkan komitmennya yang proaktif dalam membantu merangsang sektor pelancongan Malaysia. Cawangan baru ini memperkenalkan teknologi karaoke terkini dengan pilihan lagu interaktif, memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan menepati citarasa pengunjung.

Karl Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif Red Box, berkata, "Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan Red Box Plus di The Exchange TRX, sejajar dengan visi kami untuk memperkasa industri pelancongan di ibu kota kita. Dengan menjanjikan pengalaman karaoke bertaraf antarabangsa dan berbekalkan dedikasi kami terhadap kepuasan pelanggan, Red Box akan mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama bagi penggemar aktiviti berasaskan hiburan."

Khoo mengalu-alukan semua orang, termasuk pelancong antarabangsa untuk datang ke cawangan terbaru Red Box Plus di The Exchange TRX bagi merasai pengalaman muzik yang memukau dan mencipta kenangan yang tak akan dilupakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Red Box


Post a Comment

0 Comments