Selamat Ulangtahun Ke-12, RAFZANTOMOMI!


12 tahun bersama blog RAFZANTOMOMI. Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Hari ini bertarikh 8 Jun 2024, MOMI meraikan ulangtahun blog MOMI, @RAFZANTOMOMI yang kini mencecah usia 12 tahun secara rasminya. Alhamdulillah. Walaupun rasa macam jarang-jarang je kemaskini blog ni, tapi MOMI tetap ingat ya dekat blog ini hehe. | Selamat Ulangtahun Ke-12, @RAFZANTOMOMI!

Selamat Ulangtahun Ke-12, RAFZANTOMOMI!
Selamat Ulangtahun Ke-12, RAFZANTOMOMI!

Rasanya awal tahun ini terlalu sibuk dengan kerja hakiki sebagai pereka grafik dan part time content creator, sampai terabai sudah blog MOMI. Rasa gembira sebab masih lagi memiliki blog yang lebih dari sedekad ini. Walaupun sibuk dalam kehidupan seharian, sibuk dengan kerja dan sibuk dengan content dekat media sosial, MOMI tetap menambah baik dan mengemas kini blog ini secara berperingkat. Tugas kerja hakiki sekarang banyak, jadi masih belum sempat nak urus masa sebetulnya.

Pencapaian Tahun 2023-2024

Kolaborasi Bersama Jenama Terkemuka

Saban tahun sebagai part time Blogger, MOMI telah bekerjasama bersama pelbagai jenama untuk blog dan juga media sosial. Dari 8 Jun 2023 hingga 7 Jun 2024, MOMI pernah bekerjasama dengan HUAWEI, Matrix Concepts, Renaissance Johor Bahru Hotel, Aloft Langkawi Pantai Tengah, Hotel Tenera Bangi, Marrybrown, Lotus's, Grab, Aik Cheong, Petronas, Munchys, BOBROCK dan macam-mcam lagi.Alhamdulillah, masih ada lagi jenama yang percaya pada blog dan media sosial milik MOMI. Seronok dapat bekerjasama dengan jenama-jenama hebat ini.

Selamat Ulangtahun Ke-12, RAFZANTOMOMI!
Selamat Ulangtahun Ke-12, RAFZANTOMOMI!

Pengunjung Lebih 8 Juta!

Bulan Oktober tahun lepas, blog MOMI telah menerima lebih 8 Juta pengunjung. Walaupun kurang aktif dalam masa setahun ini, tapi pengunjung masih lagi singgah dekat blog MOMI ni. Memang sayang korang semualah hehe.

Talent Untuk Iklan RTMKLIK 2024

Sebelum ini tahun 2022, MOMI pernah muncul dalam iklan RTMKLIK yang shooting dekat Perdana Hotel KLCC. Untuk tahun ini, sekali lagi MOMI telah diberi kepercayaan untuk muncul sekali lagi dalam Iklan RTMKLIK untuk tahun 2024. Shooting tersebut berlansung semasa bulan Ramadan tau, nasib baik scene MOMI dalam gim je hehe. Terima kasih geng Unit Media Sosial RTM diatas kepercayaan ini. Ye la kita wajah-wajah awam je hahaha. Okay ni Iklan RTMKLIK 2024 tersebut : 


Logo Baru 2024 Untuk Blog Rafzan Tomomi

Tambah satu lagi tahun, takkan la tak buat logo baru kan? Haa.. Untuk ulangtahun kali ini istimewa sikit sebab MOMI berkolaborasi bersama artis komik, EMIRAIMI untuk menghasilkan logo baru sempena ulangtahun ke-12 ini. Logo ini memang sengaja nampak seperti mahkota, tapi sebenarnya ia adalah dua telinga arnab yang merupakan haiwan kegemaran MOMI (walaupun tak pernah bela arnab hehe). Ada satu lagi character khas sempena ulangtahun ini, tapi MOMI akan umumkan kemudian. 

Selamat Ulangtahun Ke-12, RAFZANTOMOMI!
Logo Baru Sempena Ulangtahun Ke-12

Ucapan Sempena Ulangtahun Ke-12

Bersyukur ke hadrat Illahi, dengn limpah kurniaan dan rezekinya. MOMI masih kekal dalam blogging dan content creator walaupun sudah melepasi 12 tahun lamanya. Terima kasih yang tak terhingga buat semua pembaca yang sudi baca pelbagai artikel dengan sengaja atau secara tidak sengaja. Seterusnya, terima kasih juga buat keluarga, kawan-kawan, rakan Blogger dan kenalan yang sentiasa menyokong apa yang MOMI buat selama ini terutamanya dalam dunia blog ini. In Sha Allah, MOMI akan terus berblogging, terus 'renew' domain dan kongsi info yang menarik dan berguna untuk para pembaca Blog MOMI. Doakan Rafzan Tomomi juga team Jejak Rasa dimurahkan rezeki selalu ya. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Sayang semua! 

xoxo,
MOMI
8.6.2024



Post a Comment

0 Comments