Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Alhamdulilah, lepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan, kini Syawal pula tiba. Tahun ini Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu (10 April 2024) dan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Tahun ini sangat sibuk buat seorang MOMI dan persiapan hari raya kurang meriah dari tahun sebelumnya. Untuk entri kali ini, MOMI nak kongsikan kisah hari raya MOMI pada tahun 2024. | Kisah Raya Saya 2024 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445H
Kisah Raya Saya 2024 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445H |
Kisah Raya Saya 2024
Sebelum Aidilfitri
Aidilfitri tahun ini disambut dengan sederhana dan tak kurang juga meriahnya. Kami sekeluarga beraya di kampung belah Emak dekat Kampung Kuala Pajam, Beranang, Selangor. Persiapan raya tahun ini sedikit lambat dan kurang meriah sebab MOMI sibuk dengan event dan pelbagai review untuk media sosial. Banyak benda sebenarnya terabai sebab terlalu sibuk. Selain itu, tahun ini juga MOMI dan keluarga cadang nak kemas bilik termasuk buang barang yang tak dipakai dan cat dinding. Jadi dengan itu, kami merialisasikan cadangan kami untuk tahun ini sebelum menjelang aidilfitri.
Walaupun ada beberapa isu, alhamdulillah dapat selesaikan semuanya sebelum menjelang aidilfitri. Tahun ini juga Emak tak sempat nak buat kuih raya dan kami sempat mengemas sebelum Emak balik kampung pada hari Ahad. Walaupun tak sempat, dapat juga rasa vibe nak hari raya. MOMI dan adik balik kampung pada malam raya sebab MOMI masih bekerja sehari sebelum hari raya. Tengok pengumuman hari raya pon dalam KTM je hehe.
Syawal Pertama
Alhamdulillah! Kita sudah masuk bulan Syawal. It's time for raya! Walaupun begitu, kaki MOMI masih sakit macam tahun lepas tapi tak teruk sangat. Nak masuk tengah hari baru surut rasa sakit tu. Mungkin sebab teruja nak beraya. Sebelum pergi beraya, kami sempat bergambar dalam rumah dengan keluarga Unga. Meriah juga raya kali ni. Tahun ni masing-masing malas nak ambil gambar dekat luar rumah, kita amek gambar dalam rumah je la ya haha. Lepas tu, sempat juga kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan serta bagi duit raya hehe.
Kisah Raya Saya 2024 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445H |
Kisah Raya Saya 2024 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445H |
Tahun ni raya macam teratur juga, hari raya pertama biasanya beraya satu dua rumah je. Tetapi tahun ini extra, sebab kami pergi beraya dekat 5 buah rumah. Biasanya rumah ini memang selalu kami pergi beraya setiap tahun. Macam biasa rumah pertama Tok Alang dekat area kampung juga. Lepas tu kami ke Nilai, beraya ke rumah Pak Lang @ Pak Bob, rumah Hasyir (anak Pak Lang) dan rumah Nek Wit. Nak dekat malam, kami singgah ke rumah Along Ida (sepupu emak) dekat area kampung. Memang all out ya memasing hari pertama.
Kisah Raya Saya 2024 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1445H |
Syawal Kedua
Esoknya, Hari Raya Kedua, kami melawat kubur arwah ayah sambil bersihkan kubur dan baca Yasin sesama emak dan adik beradik lelaki. Tahun ini tahun ketujuh kami berpuasa dan beraya tanpa ayah. Alhamdulillah lepas rindu kami pada arwah ayah. Hari ini juga cadangnya MOMI dengan adik nak balik sebab ada hal nak diuruskan di Kuala Lumpur. Jadi petang tu, Abang Iju hantar MOMI dan adik dekat KTM Nilai dan Abadik yang duduk area Nilai. Kami tiba dirumah Kuala Lumpur pada jam 8:00 malam.
Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1445H
Jadi begitulah kisah raya MOMI untuk tahun ini. Walaupun ada macam-macam perkara terjadi, Alhamdulillah seronok dapat berkumpul satu keluarga sekali lagi. Dikesempatan ini, MOMI nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca, keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri. MOMI nak minta maaf sekiranya ada terguris hati, terlanjur kata dan sebagainya. Harap anda semua boleh maafkan ya. Yang masih dikampung selamat menikmati cuti anda, yang dalam perjalanan pulang hati-hati di jalan raya dan yang sudah bekerja macam MOMI, selamat bekerja!
0 Comments