Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Setiap tahun belum pernah miss datang dekat sini. Salah satu tempat bufet Ramadan kegemaran MOMI. Untuk korang yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti terutamanya yang berada di sekitar Sentul dan Kuala Lumpur. Untuk berbuka puasa kali ini, why not berbuka puasa dekat Santapan Ummis Hijau Kasturi. Anda bakal menikmati pelbagai jenis juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Santapan Ummis Hijau Kasturi - Bufet Ramadan di Kuala Lumpur. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Info Mengenai Bufet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi

Bufet Ramadan Kuala Lumpur di Santapan Ummis Hijau Kasturi ini bermula dari 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu' ini menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menampilkan sajian yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.

Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.

Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Lebih 45 hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Santapan Ummis Hijau Kasturi terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan juga Brunei. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba seperti aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.

Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi. Konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Bufet Ramadan di Santapan Ummis Hijau Kasturi.

Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Harga Bufet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Bufet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi bermula sepanjang bulan Ramadan 2024 iaitu dari 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:00 malam. Harga Bufet Ramadan Kuala Lumpur - Santapan Ummis Hijau Kasturi adalah seperti berikut :

Harga Asal

  • Dewasa (Seorang) - RM59.90 nett
  • Kanak-Kanak (6-11 Tahun) (Seorang) - RM25.00 nett
  • Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) (Seorang) - RM25.00 nett

Promosi Early Bird 

Dapatkan baucar early bird bufet Ramadan di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur dari sekarang hingga 12Mac 2024 pada harga : 
  • Dewasa (Seorang) - RM50

Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bufet Ramadan 2024 - Santapan Ummis Hijau Kasturi

Alamat Santapan Ummis Hijau Kasturi

Berikut adalah alamat Santapan Ummis Hijau Kasturi : 
Sentul Village Service Apartment, 
No G 3A, 
51100 Kuala Lumpur.

Untuk Tempahan Bufet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Santapan Ummis Hijau Kasturi, sila hubungi 03-40324383 (pejabat), 017-6534133 (operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).

Carian : Bufet Ramadan 2024, Buffet Ramadhan 2024, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2024, Buffet Ramadhan Bukit Bintang 2024, Buffet Ramadhan Hotel 2024, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2024

Post a Comment

0 Comments