Bufet Ramadan di Event Space pula? Ya! Pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti, lagi-lagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Untuk berbuka puasa kali ini, jom ke World Trade Centre Kuala Lumpur. Nikmati pelbagai juadah berbuka puasa yang disediakan oleh World Trade Centre Kuala Lumpur - Bufet Ramadan di Event Space Kuala Lumpur. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa nanti. | Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Info Mengenai Buffet Ramadan World Trade Centre Kuala Lumpur
Bufet Ramadan Event Space di Legar Putra Aras 2, World Trade Centre Kuala Lumpur ini bermula dari 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Selera Warisan Kampung' ini menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menampilkan sajian yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang. Anda akan dihiburkan dengan persembahan dari penyanyi jemputan.
Kemudahan Sempena Ramadan
Kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih. Caj tempat letak kereta pula, sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
Raikan Ramadan lebih hijau Bersama WTCKL
Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan 'Tiffin Carrier' edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan kami selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur. Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur
Lebih 300 hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet World Trade Centre Kuala Lumpur terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa yang disediakan oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih dan pasukan kulinarinya. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba adalah 'Nasi Kandar Saddam' yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Selain itu, pelbagai hidangan 5 rotasi dihidangkan seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam
Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada,
Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio. Tidak dilupakan hidangan paling popular mereka yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka
Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.
Pelbagai pencuci mulut menanti anda. Dekat sini memang meriah dengan pencuci mulut seperti kuih muih melayu, buah-buahan, kek, puding, Teh Tarik, Kopi dan juga beberapa pilihan lagi untuk mereka yang gemarkan manisan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Buffet Ramadan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Harga Bufet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur
Bufet Ramadan Di Event Space Legar Putra, Aras 2 World Trade Centre Kuala Lumpur bermula sepanjang bulan Ramadan 2024 iaitu dari 13 Mac 2024 hingga 9 April 2024 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Kuala Lumpur - World Trade Centre Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
Harga Asal
- Dewasa (Seorang) - RM128 nett
- Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) (Seorang) - RM73 nett
- Warga Emas (Seorang) - RM73 nett
Promosi Early Bird
Dapatkan baucar early bird buffet ramadan di World Trade Centre Kuala Lumpur dari 1 Februari hingga 29 Februari 2024 pada harga :
- Dewasa (Seorang) - RM158 nett
|
Bufet Ramadan 2024 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Alamat World Trade Centre Kuala Lumpur
Berikut adalah alamat World Trade Centre Kuala Lumpur :
41, Jalan Tun Ismail,
Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Untuk Tempahan Buffet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di World Trade Centre Kuala Lumpur, sila hubungi menerusi talian +603 2614 6701 atau 6702.
Carian : Bufet Ramadan 2024, Buffet Ramadhan 2024, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2024, Buffet Ramadhan Bukit Bintang 2024, Buffet Ramadhan Event Space 2024, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2024
0 Comments