Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Sekali sekala kita buat 'short escape' dari kesibukan kota dengan staycation dari luar Kuala Lumpur. Untuk staycation kali ini, MOMI dan rakan-rakan Blogger berhujung minggu dekat sebuah apartment di Hotel Tenera Bangi. Walaupun 2 hari 1 malam di sana, ia tetap memberi pengalaman staycation yang menarik dan 'memorable' untuk kami. Mari MOMI kongsikan pengalaman menginap 2 hari 1 malam di Apartment Hotel Tenera Bangi. | Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Info Mengenai Hotel Tenera Bangi

Hotel Tenera Bangi ini terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dan ia telah beroperasi sejak tahun 2017 lagi. Bila pertama kali mejejaki ruang lobinya, rasa teuja sebab sangat luas dan selesa. Waktu check-in bermula 3:00 petang dan waktu check-out pula bermula 12:00 tengah hari. Perjalanan hanya sekitar 40-45 minit dari Kuala Lumpur.

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Di Hotel Tenera Bangi

Bilik yang MOMI dan rakan-takan menginap di Hotel Tenera Bangi adalah di tingkat 20, iaitu Apartment. Apartment ini seperti sebuah rumah yang lengkap dengan ruang tamu, dapur, 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, ia lengkap dengan segala keperluan fasiliti termasuk katil, televisyen, meja makan, kerusi, sofa, peti sejuk, sejadah, peti keselamatan, air mineral, bilik air (bath tub, tuala, pengering rambut, bath robe dan alatan mandi) dan macam-macam lagi. 

Selain itu, Apartment ini juga ada balkoni, katil bersaiz king (bilik pertama), dua katil bersiaz single (bilik kedua) dan kemudahan Wi-Fi. Bagi MOMI, Bilik Apartment ini sangat selesa dan sangat berpuas hati untuk penginapan 2 hari 1 malam. Memang sesuai sangat untuk berkumpul bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Kemudahan di Hotel Tenera Bangi

Di Hotel Tenera Bangi menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh anda nikmati seperti kolam renang yang salah satunya juga disediakan di bangunan Apartment. Selain itu, ada juga Business Centre, Gimnasium dan Pusat Kecergasan, Keselamatan 24 Jam, Grab & Go Convenience Kiosk dan Wash & GO - Self Service Laundry.   

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Tempat Makan Dekat Hotel Tenera Bangi

Sepanjang penginapan MOMI dekat Hotel Tenera Bangi, MOMI sempat makan dekat restoran yang ada dekat sini semasa makan tengah hari, makan malam dan sarapan pagi di restoran Selasih Garden Seafood Restaurant, Dim Sum Selasih dan Saffron Brasserie.

Dim Sum Selasih

Teruja nak makan dekat sini, Dim Sum Selasih dimana pelbagai jenis dim sum ada disini. Sesuai untuk makan tengah hari dan minum petang. Dim Sum dekat sini disediakan sendiri oleh Chef Dim Sum Selasih dan dihidangkan panas dan fresh ke meja anda. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari 12:00 tengah hari hingga 6:00 petang.

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Selasih Garden Seafood Restaurant

Untuk sarapan pagi, MOMI sempat rasai masakan sarapan pagi di Selasih Garden Seafood Restaurant. Dekat sini pelbagai jenis sarapan pagi tempatan dan antarabangsa termasuk Nasi Lemak, Kuew Teow Goreng, Capati dan macam-macam lagi. Anda disarankan keluar awal sikit untuk sarapan sebab memang ramai orang terutama hujung minggu. Sarapan pagi bermula dari 7:00 pagi hingga 10:00 pagi. 

Saffron Brasserie

Untuk makan malam, MOMI sempat merasai menu ala-carte di Saffron Brasserie. Saffron Brasserie ini berada di tingkat 2 di Blok Hotel. Dibuka setiap hari dari 11:00 pagi hingga 11:00 malam.   

Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review

Keseluruhan Staycation Di Apartment Hotel Tenera Bangi 

Keseluruhannya, MOMI dan rakan-rakan sangat berpuas hati menginap 2 hari 1 malam di Apartment Hotel Tenera Bangi. MOMI berpuas hati dengan layanan mesra kakitangan Hotel Tenera Bangi sepanjang penginapan disini dan kemudahan yang disediakan memang terbaik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Hotel Tenera Bangi di laman web Hotel Tenera Bangi dan ikut media sosial : Instagram

Post a Comment

0 Comments