Sekali sekala kita buat 'short escape' dari kesibukan kota dengan staycation dari luar Kuala Lumpur. Untuk staycation kali ini, MOMI dan rakan-rakan Blogger berhujung minggu dekat sebuah apartment di Hotel Tenera Bangi. Walaupun 2 hari 1 malam di sana, ia tetap memberi pengalaman staycation yang menarik dan 'memorable' untuk kami. Mari MOMI kongsikan pengalaman menginap 2 hari 1 malam di Apartment Hotel Tenera Bangi. | Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
Info Mengenai Hotel Tenera Bangi
Hotel Tenera Bangi ini terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dan ia telah beroperasi sejak tahun 2017 lagi. Bila pertama kali mejejaki ruang lobinya, rasa teuja sebab sangat luas dan selesa. Waktu check-in bermula 3:00 petang dan waktu check-out pula bermula 12:00 tengah hari. Perjalanan hanya sekitar 40-45 minit dari Kuala Lumpur.
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
Apartment Di Hotel Tenera Bangi
Bilik yang MOMI dan rakan-takan menginap di Hotel Tenera Bangi adalah di tingkat 20, iaitu Apartment. Apartment ini seperti sebuah rumah yang lengkap dengan ruang tamu, dapur, 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, ia lengkap dengan segala keperluan fasiliti termasuk katil, televisyen, meja makan, kerusi, sofa, peti sejuk, sejadah, peti keselamatan, air mineral, bilik air (bath tub, tuala, pengering rambut, bath robe dan alatan mandi) dan macam-macam lagi.
Selain itu, Apartment ini juga ada balkoni, katil bersaiz king (bilik pertama), dua katil bersiaz single (bilik kedua) dan kemudahan Wi-Fi. Bagi MOMI, Bilik Apartment ini sangat selesa dan sangat berpuas hati untuk penginapan 2 hari 1 malam. Memang sesuai sangat untuk berkumpul bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
Kemudahan di Hotel Tenera Bangi
Di Hotel Tenera Bangi menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh anda nikmati seperti kolam renang yang salah satunya juga disediakan di bangunan Apartment. Selain itu, ada juga Business Centre, Gimnasium dan Pusat Kecergasan, Keselamatan 24 Jam, Grab & Go Convenience Kiosk dan Wash & GO - Self Service Laundry.
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
Tempat Makan Dekat Hotel Tenera Bangi
Sepanjang penginapan MOMI dekat Hotel Tenera Bangi, MOMI sempat makan dekat restoran yang ada dekat sini semasa makan tengah hari, makan malam dan sarapan pagi di restoran Selasih Garden Seafood Restaurant, Dim Sum Selasih dan Saffron Brasserie.
Dim Sum Selasih
Teruja nak makan dekat sini, Dim Sum Selasih dimana pelbagai jenis dim sum ada disini. Sesuai untuk makan tengah hari dan minum petang. Dim Sum dekat sini disediakan sendiri oleh Chef Dim Sum Selasih dan dihidangkan panas dan fresh ke meja anda. Dibuka setiap hari (kecuali Isnin) dari 12:00 tengah hari hingga 6:00 petang.
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
|
Apartment Hotel Tenera Bangi - Hotel Review |
Selasih Garden Seafood Restaurant
Untuk sarapan pagi, MOMI sempat rasai masakan sarapan pagi di Selasih Garden Seafood Restaurant. Dekat sini pelbagai jenis sarapan pagi tempatan dan antarabangsa termasuk Nasi Lemak, Kuew Teow Goreng, Capati dan macam-macam lagi. Anda disarankan keluar awal sikit untuk sarapan sebab memang ramai orang terutama hujung minggu. Sarapan pagi bermula dari 7:00 pagi hingga 10:00 pagi.
0 Comments