|
Baju Kerja Saiz Besar Dan Berkualiti Di Bob Rock Clothing |
Baju Kerja Saiz Besar Dan Berkualiti Di Bob Rock Clothing | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Mereka yang susah nak cari saiz baju kerja atau "office attire", kini anda boleh dapatkan baju tersebut di Bob Rock Clothing (BRC) sahaja. Yang menariknya, ada pelbagai warna dan juga saiz besar sehingga 6XL tau. Jadi sempena Let's Go To Work di Bob Rock Clothing mestilah nak kongsikan dekat anda, Kedai Baju Saiz Besar Lelaki ini. Jom sambung baca.
Baca Juga :
|
Baju Kerja Saiz Besar Dan Berkualiti Di Bob Rock Clothing |
Sekarang memang sangat mudah, cari sahaja Kedai Baju Saiz Besar Lelaki dekat Google, mesti akan jumpa punya Bob Rock Clothing ni. Cari dekat New Arrival dan Office Shirt. Nak lebih mudah, cari dekat Shopee dan TikTok. Masa cari-cari baju kerja, MOMI berkenan sangat dengan
Plus Size Oxford Office Exclusive Long Sleeve ni. Memandangkan MOMI berkerja dalam pejabat yang berhawa dingin, memang sesuai sangat cari baju kerja lengan panjang. Lagi teruja bila nampak ada saiz yang MOMI selalu pakai.
|
Baju Kerja Saiz Besar Dan Berkualiti Di Bob Rock Clothing |
Rasa tak puas hati bila tengok dalam smartphone, MOMI singgah juga ke Kedai Pakaian Saiz Besar Lelaki, Bob Rock Clothing di Shah Alam nak cuba sendiri semua warna yang ada. Serius bila sarung pertama kali memang rasa selesa dan confirm nampak kacak lepas tu hehe. Plus Size Oxford Office Exclusive Long Sleeve ada enam (6) warna iaitu Maroon, Black, White, Denim Grey, Denim Brown dan Sky Blue dan boleh didapati dari saiz XL hingga 6XL. Harga Plus Size Oxford Office Exclusive Long Sleeve bermula dari RM149 hingga RM169.
Kelebihan Menggunakan Oxford Office Exclusive ini adalah jahitan yang lebih kemas, tersusun dan sekata dari dalam dan luar jahitan. Selain itu, ia dijahit A-cut agar terletak cantik di bahu dan selesa di perut and lebih senang nak bernafas. Satu lagi kelebihan Oxford Office Exclusive ini ialah ia sejuk selesa sentiasa untuk semua keadaan cuaca sebab Kain Oxford memberi keselesaan kepada pemakai tidak kira waktu panas atau sejuk. Sebab tu MOMI suka pakai walaupun ia lengan panjang. Oh ya, Kolar Oxford Office Exclusive ini juga tidak keras tetapi teguh selain ia memberi pergerakan yang lebih mudah di bahagian dada dan bahu.
|
Baju Kerja Saiz Besar Dan Berkualiti Di Bob Rock Clothing |
Guys, Ada promosi diskaun 15% untuk baju dan seluar kerja bila anda beli mana-mana Oxford Exclusive Office Shirt. Diskaun terpakai untuk seluar #4609 #8201 #8159 dengan sebarang pembelian Oxford Exclusive Office Shirt.
Best kan Oxford Office Exclusive dekat Bob Rock Clothing. Sebenarnya banyak lagi baju dan seluar yang ada dekat Bob Rock Clothing ini termasuk pelbagai jenis baju Plus Size Fashion ada dekat sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Plus Size Oxford Office Exclusive Long Sleeve dan Office Shirt dari
Bob Rock Clothing, anda boleh ke
laman web rasmi Bob Rock Clothing atau Koleksi Office Shirt. Selain itu, anda juga boleh dapatkan di
Shopee dan
TikTok. Selamat membeli belah di Bob Rock Clothing. Pasti anda segak bila ke
office nanti hehe.
Carian : Bob Rock Clothing (BRC), Men’s Plus Size Clothing, Plus Size Fashion, Kemeja Lelaki Plus Size, Pakaian Saiz Besar Lelaki, Kedai Baju Saiz Besar Lelaki, Plus Size Men Shirt
0 Comments