MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong |
MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong - Tempat Makan Menarik Di Puchong | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Minggu lepas, kebetulan ikut kawan-kawan buat konten media sosial diorang, jadi MOMI sempatlah ambil beberapa keping gambar untuk buat blog. Lama dah tak buat blog pasal makan-makan kan? Sekali sekala MOMI kongsikanlah dekat semua. Dah lama rasanya tak singgah MyKori, rasa last time pernah datang tahun 2019 dulu. MOMI pernah blog dulu pasal MyKori Dessert Cafe ni. Dengarnya ada banyak menu baru untuk makan tengah hari? Apa yang menariknya MyKori Dessert Cafe ini? Mari MOMI kongsikan.
Baca Juga :
MyKori Dessert Cafe yang MOMI singgah ni terletak di Bandar Puteri Puchong. Ia dibuka setiap hari dari 12:00 tengah haru hingga 10:00 malam. Untuk pengetahuan anda, MyKori Dessert Cafe Bandar Puteri Puchong ini adalah satu satu dari 72 buah cawangan di Malaysia. Suka dengan konsep di sini sebab nampak selesa, classy dan instagrammable tau. Kalau nak parkir senang tapi kena berebut sikitlah dan ikut masa yang anda datang.
MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong |
Hidangan Di MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong
Masa MOMI pergi tahun 2019, yang tahu hanya Kakogori dan Toast sahaja. Datang semula tahun ni, macam-macam menu ada tau. Paling best ada set menu makan tengah hari dekat MyKori Dessert Cafe ni. Kalau pesan set menu makan tengah hari ni, dapat air Green Tea sekali (panas atau sejuk) dan ia hanya pada hari biasa dari 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang sahaja. Menu yang MOMI sempat cuba ialah Chikin Duo Daebap, Chikin Ramyeon, Chocolate Royale Cake, Almond Tiramisu Cake, Strawberry Cheesecake Kakigori dan Caramel Biscoff Kakigori.
Chikin Duo Daebap, Chikin Ramyeon |
Bila dah cuba, Chikin Duo Daebap memang kena dengan selera MOMI, mungkin sebab ia nasi dan ayam. Lepas tu kek pulak, MOMI suka Chocolate Royale Cake , serius sedap ! And last but not least, Kakogori dia dua dua sedap. Rasa nak repeat lagi makan sini. Terima kasih Kak Min dan MOKA ajak teman habiskan makanan korang hehe.
Chocolate Royale Cake |
Almond Tiramisu Cake |
Biscoff Caramel Kakigori |
Strawberry Cheesecake Kakigori |
Alamat MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong
Bagi anda yang ingin berkunjung ke MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong. Anda boleh ke alamat seperti berikut :
24, Persiaran Puteri 1,
Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong
Berikut adalah waktu operasi MyKori Dessert Cafe di Bandar Puteri Puchong :
Dibuka setiap hari
Dari 12:00 tengah hari hingga 10:00 malam
Selamat menjamu selera di MyKori Dessert Cafe, Bandar Puteri Puchong.
0 Comments