|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
Makan Tengah Hari Di Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Sebelum ini dah cerita mengenai Hotel Royale Chulan Seremban kan? Entri kali ini nak kongsi pula mengenai Restoran Han Pi Yuen di mana MOMI dan rakan-rakan berkesempatan untuk cuba makan tengah hari disana. Restoran Han Pi Yuen menyajikan masakan Cina halal asli, pelbagai menu dari pembuka selera hingga pencuci mulut. Apa yang menariknya menu dekat Restoran Han Pi Yuen? Mari MOMI kongsikan.
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
Terletak di aras Mezzanine hotel, Restoran Han Pi Yuen adalah restoran yang sesuai untuk sebarang majlis, sama ada untuk makan malam kasual atau elegan. Ia mempunyai 7 bilik peribadi yang boleh memuatkan daripada 10 orang sehingga 100 orang untuk majlis korporat atau keluarga. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan sehingga 250 tetamu. Kedai makan ini menyajikan pelbagai menu a la carte. Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad makan tengah hari pada 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang dan makan malam dari 6:30 petang hingga 10:00 malam
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
Menu-menu ala-carte di Restoran Han Pi Yuen ialah Braised Hot & Sour Sze Chuan Soup, Deep Fried Chicken Chop with Mango Sauce, Braised Beancurd with Seafood, Hk Kailan, Braised Prawn with Vermicelli Noodle and Scallion dan pencuci mulut. Masing-masing ada keunikan rasanya tersendiri. Antara menu kegemaran MOMI ialah Deep Fried Chicken Chop with Mango Sauce. Lovee rasa sos mangga dia.
|
Braised Prawn with Vermicelli Noodle and Scallion |
|
Deep Fried Chicken Chop with Mango Sauce |
|
Hk Kailan |
|
Braised Hot & Sour Sze Chuan Soup |
|
Braised Beancurd with Seafood |
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
|
Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban |
Menarik kan menu-menu signature dari Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban ini. Jika anda berminat dan ingin tempah, anda boleh hubungi 06-7666666 ext 6120 / 6103 atau email ke enquiry.rcs@royalechulan.com.
Waktu Operasi Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban
Selasa hingga Ahad : 12:00 tengah hari hingga 2.30 petang (Makan Tengah Hari)
Selasa hingga Ahad : 6:30 petang hingga 10:00 malam (Makan Malam)
Ditutup pada setiap hari Isnin.
Alamat Restoran Han Pi Yuen, Royale Chulan Seremban
Royale Chulan Seremban,
Jalan Dato A.S Dawood, Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan
0 Comments