Review Filem - Malbatt: Misi Bakara | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Filem yang sesuai untuk ditonton semasa bulan Kemerdekaan ini, Malbatt: Misi Bakara yang diadaptasi dari kisah benar pada tahun 1993. Filem bergenrekan aksi dan peperangan ini telah dihasilkan dan diedarkan oleh Astro Shaw. Kini, filem tersebut sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Ogos 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Malbatt: Misi Bakara. *Perhatian : Spoiler!*
Baca Juga :
Trailer Malbatt: Misi Bakara
Sinopsis Malbatt: Misi Bakara
Filem Malbatt: Misi Bakara mengisahkan tentang kisah benar Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu, yang ditempatkan sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993, dan misi mereka untuk menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia berikutan serangan Black Hawk Down.
Filem Malbatt: Misi Bakara yang berdurasi selama lebih 2 Jam 11 Minit ini merupakan arahan Adrian Teh. Filem Malbatt: Misi Bakara dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai 13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D dan 2D ATMOS. Filem ini menelan kos belanja sebanyak RM20 juta dan sedang mengutip lebih dari RM31 Juta (18 hari tayangan).
Ulasan Filem Malbatt: Misi Bakara
Filem paling ditunggu-tunggu sejak dari tahun lepas lagi. Sebuah filem arahan Adrian Teh yang pernah mengarah filem yang mendapat sambutan hangat seperti PASKAL (2018) dan WIRA (2019). Teasernya sudah mula dikeluarkan sejak tahun 2022 lagi. Filem Malbatt: Misi Bakara ini membariskan ramai pelakon lelaki yang lama dan baharu.
Jalan cerita yang berkisarkan dari kisah sebenar, sememangnya membuka mata rakyat Malaysia kepada perjuangan dan keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap Mogadishu, Somalia dalam kejadian Black Hawk Down. Padat dengan aksi tanpa henti bermula di pertengah cerita. Diselang seli dengan humor yang mencuri waktu suspen anda semasa menonton. Selain itu, ada juga babak yang bakal menyayat hati anda.
Untuk pemilihan pelakon untuk filem Malbatt: Misi Bakara ini sangat tepat. Masing-masing bawa watak dan emosi dengan baik. Cuma ada beberapa kekurangan yang mungkin boleh ditambah baik dalam filem ini. Antaranya CGI yang kurang memuaskan dan beberapa dialog yang kedengaran pelik. It's not that bad, cuma mungkin MOMI mengharapkan kesempurnaan seperti filem PASKAL.
Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Malbatt: Misi Bakara ini sangat menarik untuk ditonton. Filem ini sangat sesuai ditonton semasa bulan kemerdekaan ini. Jangan lupa saksikan filem Malbatt: Misi Bakara dipawagam berhampiran mulai 24 Ogos 2023. Jom support filem tempatan!
Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5
BINTANG
0 Comments