Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop

Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop
Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop

Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Guys! Guys! Guys! Ayam Bakar Oh-Semm kembali di The Chicken Rice Shop (TCRS). TCRS yang terkenal dengan pelbagai hidangan yang dicipta dengan keenakan perisa tempatan, sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS! Berikutan permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun!

Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop
Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop
 
Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.
 
Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.

Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop
Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop

Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop
Makan Ayam Bakar Oh-semm Macam Bos Di The Chicken Rice Shop
 
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai.
 
Sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!
 
Mari kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan Ayam Bakar Oh-semm! Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, mengenai menu dan peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, sila layari laman web rasmi The Chicken Rice Shop dan laman Facebook The Chicken Rice Shop. Enjoys!

Post a Comment

0 Comments