Ketahui Kelebihan Kentang U.S - Sempena Hari Pemakanan Sedunia 2023 |
Ketahui Kelebihan Kentang U.S - Sempena Hari Pemakanan Sedunia 2023 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Tahukah anda? Hari Pemakanan Sedunia (World Nutrition Day) disambut setiap tahun pada 28 Mei dan tahun ini ia bertemakan "Fuel For The Future". Hari Pemakanan Sedunia ini adalah amat penting untuk rakyat Malaysia terus meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti badan mereka. Salah satu cara paling berkesan untuk mencapainya adalah melalui pengambilan pemakanan yang baik dan pilihan makanan yang sihat dalam pengambilan makanan setiap hari.
Kentang U.S juga tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Pemakanan Sedunia tahun ini yang bertemakan "A World Of Flavours". Pengambilan kentang mampu membekalkan tenaga dan nutrien untuk mengekalkan aktiviti harian anda. Ia juga sesuai untuk anda yang ingin kekal berdiet. Selain itu, ia boleh dijadikan untuk keperluan fizikal yang aktif serta untuk mereka yang gembar melakukan aktiviti bersukan. Why not kan kita mengambil lebih banyak Kentang U.S dengan pelbagai cara.
Kentang U.S sama ada yang segar atau sejuk beku, ialah ramuan serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai sajian termasuk pembuka selera, sup, hidangan utama dan pencuci mulut. Di samping itu, kentang U.S kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular lain.
Ketahui Kelebihan Kentang U.S - Sempena Hari Pemakanan Sedunia 2023 |
Kelebihan Makan Kentang U.S
Sebiji Kentang U.S sederhana mempunyai kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam. Tambahan pula, Kentang U.S tidak mempunyai kolesterol, sifar natrium dan sifar lemak. Selain itu, Sebiji Kentang U.S mengandungi kira-kira 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk menjana otot dan otak seseorang serta membekalkan tenaga kita seharian dalam melakukan kerja. Selain itu, Kentang U.S kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikan makanan lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan.
Kentang U.S juga kaya dengan Vitamin B6. Satu kentang menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel yang betul dan membantu metabolisme. Kentang U.S mempunyai 3 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein adalah blok binaan untuk pertumbuhan dan komponen utama otot, ligamen, dan tisu penghubung.
Selain itu, Kentang U.S tinggi kalium - Satu kulit saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada pisang bersaiz sederhana. Kaliumberfungsi membantu mengawal keseimbangan cecair dan mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut.
Ketahui Kelebihan Kentang U.S - Sempena Hari Pemakanan Sedunia 2023 |
Menu Chef Jason Manson - Ultra Crispy Baked US Chili lime Potato Wedges topped with Spicy Garlic Ponzu Aioli and fresh lime
Bersempena dengan Hari Pemakanan Sedunia tahun ini, Kentang U.S menjemput Chef Jason Manson untuk berkongsi empat resipi untuk meningkatkan keperluan pemakanan anda untuk menjana keperluan fizikal harian anda dan memastikan anda sihat dan pada kemuncak prestasi anda.
Resipi : Ultra Crispy Baked US Chili lime Potato Wedges topped with Spicy Garlic Ponzu Aioli and fresh lime (Untuk 4 Orang Makan)
Ketahui Kelebihan Kentang U.S - Sempena Hari Pemakanan Sedunia 2023 |
Bahan-Bahan Yang Digunakan
- 400gm Frozen Potato Wedges
- 10gm Lime powder
- 10gm Chili powder
- 20gm Honey
Spicy Garlic Ponzu Aioli
- 50gm Mayonnaise
- 1tsp Garlic powder
- 1tsp Ponzu
- 1tsp Sriracha Sauce
Cara Penyediaan
- Sediakan mangkuk adunan saiz kecil. Campurkan mayonis, serbuk bawang putih, ponzu dan sos sriracha.
- Panaskan ketuhar kepada 350 Fahrenheit (180 Celsius). Susun hirisan kentang beku di atas dulang. Bakar kentang beku selama 10-12 minit.
- Bersedia mangkuk adunan saiz sederhana. Masukkan kentang masak, serbuk limau nipis, serbuk cili dan madu. Tos sebati.
- Pindahkan kentang di atas pinggan. Dihidangkan bersama bawang putih ponzu Aioli yang pedas.
Anda boleh ke website ini untuk maklumat lanjut.
Selain dari resipi diatas, ada lagi tiga (3) resipi lain yang anda boleh cuba seperti Layered U.S. Potato Parmesan Stacks glazed with Asian style BBQ Sauce, Oven baked US Hash brown Potato Bruschetta topped with sour cream, avocado, and salmon cucumber salsa dan U.S. “Accordion” Crispy Potato Glazed with Dark Miso Glazed and Served with Curry Aioli.
Untuk maklumat lanjut Mengenai Kentang U.S, sila layari :
Website : https://www.uspotatogoodness.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/MYpotatoesUSA
Selamat mencuba guys!
0 Comments