Menu Summer Out Loud Starbucks 2023 - Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended |
Menu Summer Out Loud Starbucks 2023 - Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dah lama rasanya tak update pasal menu air Starbucks kan? Kebetulan lepak sorang-sorang dekat Mid Valley Megamall, masuk Starbucks ada menu baru iaitu Menu Summer Out Loud. Untuk entri kali ini MOMI nak kongsikan dengan anda tentang empat (4) minuman baharu dalam seleksi 'Summer Out Loud' dari Starbucks Malaysia. Empat (4) minuman tersebut ialah Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended, Belgium Chocolate Frappucino, Okayama Peach Apple Cold Brew dan Okayama Peach Apple Starbucks M:LK Cream Oolong.
Menu Summer Out Loud Starbucks 2023 - Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended |
Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended
Empat (4) minuman baharu dalam seleksi 'Summer Out Loud' ini nampak menarik. Lagi-lagi bila dengar ada rasa melon-melon, terus la pesan Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended. Harga RM23.90 saiz venti (always big size gitu hehe). Bila Google Cantaloupe memang buah tembikai yang bau wangi tu. Kalau tengok topping-nya memang rasa teruja nak rasa sebab ada sirap dan isi buah tembikai wangi atas whipping cream tu. Bila hirup je air tu, memang terasa buah tembikai. Memang sedap dan puas hati sebab ada isi buah. Kalau yang suka buah tembikai macam MOMI, memang lovee sangat hehe.

Buat masa ini dapat rasa satu dulu. Kalau ada rezeki lepak Starbucks, MOMI cuba yang lain pula ya. Tunggu apa lagi guys, jom cuba menu Summer Out Loud istimewa yang terhad ini, Cantaloupe Cream Frappuccino® Blended, Belgium Chocolate Frappucino, Okayama Peach Apple Cold Brew dan Okayama Peach Apple Starbucks M:LK Cream Oolong di Starbucks berhampiran anda. Selamat mencuba!
0 Comments