Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown

Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown
Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown

Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Alhamdullilah kita masih berada di dalam bulan penuh keberkatan, Bulan Ramadan. Pastinya anda sedang mencari hidangan-hidangan bebruka yang menarik untuk dicuba sepanjang bulan Ramadan. Rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown turut memperkenalkan menu Ramadan dan Raya sekaligus dalam menu Riang Ramadan Raya. Apa yang menarik mengenai menu Riang Ramadan Raya di Marrybrown ini? Mari MOMI kongsikan.

Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown
Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown

Marrybrown sekali lagi memperkenalkan sajian tradisi masakan melayu iaitu Rendang sebagai salah satu menu Riang Ramadan Raya yang menjadi sebahagian daripada matlamat mereka untuk memberikan “tarikan tersendiri” kepada para pelanggan seperti Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka. Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB. Tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini  sehingga stok masih ada!

Menu Riang Ramadan Raya
Penyokong Memang Best boleh menikmati Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam yang disalut kuah Rendang dengan rempah ratusnya. Anda juga boleh memilih Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90. Bagi anda yang gemar makanan ala tradisional boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.

Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown
Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown

Jika penggemar yang ingin mencuba kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, anda boleh memilih Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90. Sekarang anda juga boleh menikmati produk baharu dari Marrybrown iaitu Pai Nangka yang boleh dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50. 

Set juadah bersama keluarga pula, anda boleh memilih Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM49.90, dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM63.90. Juga tersedia dengan cheesy wedges, dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry.

Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown
Menu Riang Ramadan Raya Bersama Marrybrown

Untuk menjadikan Bulan Ramadan lebih riang, Marrybrown telah menyumbangkan barangan keperluan sekolah bernilai lebih RM10,000 melalui Persatuan Kebajikan Marrybrown, dengan komitmen untuk membantu anak-anak yatim dari segi keperluan persekolahan supaya mereka boleh menuntut ilmu dengan penuh yakin dan motivasi bagi sesi tahun ini.

Marrybrown sehingga hari ini telah melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, sila layari laman web rasmi Marrybrown dan MB App. Ikuti juga Marrybrown media sosial mereka di FacebookInstagram dan YouTube. Enjoys!




Post a Comment

0 Comments