Wan Li Chinese Restaurant Memperkenalkan Menu Signature Dari Chef Jerri |
Wan Li Chinese Restaurant Memperkenalkan Menu Signature Dari Chef Jerri | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! MOMI bulan lepas ke Johor Bahru untuk review bufet Ramadan dekat Renaissance Johor Bahru Hotel. Memandangkan MOMI dan rakan Blogger menginap 3 hari 2 malam disana, jadi MOMI berkesempatan untuk cuba masakan Cina yang merupakan menu signature dari Chef Jerri di Wan Li Chinese Restaurant. Apa yang menariknya menu tersebut? Mari MOMI kongsikan.
Wan Li Chinese Restaurant Memperkenalkan Menu Signature Dari Chef Jerri |
Terletak di tingkat LG Renaissance Johor Bahru Hotel, Wan Li Chinese Restaurant ini menghidangkan masakan cina dan dimsum yang menggunakan bahan yang premium, dari pembuka selera hingga pencuci mulut. Ruang makan juga sangat selesa, berhawa dingin dan sangat sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Rezeki MOMI datang masa tu, dapatlah cuba menu terbaru yang merupakan menu signature dari Chef Jerri.
Wan Li Chinese Restaurant Memperkenalkan Menu Signature Dari Chef Jerri |
Menu-menu signature dari Chef Jerri di Wan Li Chinese Restaurant ialah Free Range Chicken with Fried Shallot and Black Truffle, Double-boiled Ginseng Soup with Village Chicken, Steamed Pontian Pomfret with Fragrant Pickled Radish, Cantonese Roasted Duck with Chinese Herbs, Wok-fried Sea Prawn with Szechuan “Ma La” Style dan Fragrant Fried Rice with Conpoy, Egg White, Garlic Crisps and Beet Root Juice. Masing-masing ada keunikan rasanya tersendiri. Antara menu kegemaran MOMI ialah Cantonese Roasted Duck with Chinese Herbs dan Wok-fried Sea Prawn with Szechuan “Ma La” Style.
Fragrant Fried Rice with Conpoy, Egg White, Garlic Crisps and Beet Root Juice |
Free Range Chicken with Fried Shallot and Black Truffle |
Double-boiled Ginseng Soup with Village Chicken |
Cantonese Roasted Duck with Chinese Herbs |
Wok-fried Sea Prawn with Szechuan “Ma La” Style |
Steamed Pontian Pomfret with Fragrant Pickled Radish |
Wan Li Chinese Restaurant Memperkenalkan Menu Signature Dari Chef Jerri |
Menarik kan menu-menu signature dari Chef Jerri di Wan Li Chinese Restaurant ini. Jika anda berminat dan ingin tempah, anda boleh tempah di sini :
Whatsapp : https://wa.me/60127719056
Website : www.wanlichineserestaurant.com
Facebook : Wan Li Chinese Restaurant
Waktu Operasi Wan Li Chinese Restaurant
Isnin hingga Ahad : 11.30 pagi hingga 3.00 petang (Makan Tengah Hari)
Isnin hingga Ahad : 6.30 petang hingga 10.00 malam (Makan Malam)
Alamat Wan Li Chinese Restaurant
2 Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya
Johor Bahru, Johor 81750
0 Comments