Lokasi Terakhir Dijangka Lebih Hebat, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Tarik lebih 20,000 pengunjung |
Lokasi Terakhir Dijangka Lebih Hebat, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Tarik lebih 20,000 Pengunjung | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Tahniah buat Suria FM kerana berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung di tiga lokasi anjuran stesen radio Suria FM sejak awal bulan lalu. Tiga lokasi berkenaan ialah Johor Bahru, Sungai Petani dan Kuantan dengan sokongan padu yang diterima amat memberangsangkan.
Lokasi Terakhir Dijangka Lebih Hebat, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Tarik lebih 20,000 pengunjung |
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid berkata, pihaknya bersyukur dengan sambutan yang diterima meskipun berdepan dengan cabaran tertentu.
"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk pendengar Suria FM, artis yang terlibat, media dan keluarga Suria FM yang sentiasa menyokong dan memberikan yang terbaik.
"Kami juga lega dengan sambutan baik di Kedah meskipun konsert diadakan pada hari bekerja dengan menarik lebih 8,000 pengunjung," katanya.
Lebih mesra disapa DJ Lin, penyampai Suria Cinta ini berkata, kelainan termasuk persembahan tarian tradisonal pada pembukaan setiap siri jelajah turut mendapat respon yang baik. Katanya, gerai jualan penaja utama iaitu Anggun Cotton Collection juga sentiasa diserbu peminat dan mencatakan jualan sangat baik.
"Sekali lagi syukur yang tidak terhingga dengan sambutan yang diberikan dan kami semua berharap kasih sayang kita semua berpanjangan dan terus menyokong Suria FM," katanya.
Mengenai lokasi terakhir pada Sabtu ini, DJ Lin berkata antara tarikannya ialah kehadiran Seniwati Fauziah Ahmad Daud yang sudah lama tidak beraksi di pentas nyanyian. Katanya, antara artis yang turut akan memeriahkan Pentas Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan berakhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 4 Mac ini Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz dan Meer Nash.
Lokasi Terakhir Dijangka Lebih Hebat, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Tarik lebih 20,000 pengunjung |
Pengunjung berpeluang untuk menangi tawaran utama sebuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM100 yang dijual di booth kedai Suria sepanjang konsert berlangsung. Jangan lupa ke lokasi terakhir Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Sabtu, 4 Mac 2023. Selamat berhibur ya guys!
Jangan lupa Dengarkan Suria FM di radio, platform digital Suria : laman web suria.my, aplikasi Suria Malaysia, saluran YouTube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook, Twitter dan Tiktok).
0 تعليقات