Sate Tulang Coachrane - Food Review |
Satay Tulang Coachrane - Food Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dekat mana nak lepak makan sambil makan ringan-ringan je. MOMI ada satu tempat nak kongsi dengan anda, tentang Satay Tulang Coachrane terletak di sebelah Petronas Cochrane Perkasa dan berdekatan dengan MyTown Shopping Centre. Apa yang menarik dekat Satay Tulang Coachrane ni? Teruskan membaca. = Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur
Sate Tulang Coachrane - Food Review |
Sate Tulang Coachrane - Food Review |
Gerai Satay Tulang Coachrane ini berada di depan kedai makan sebelah Petronas Cochrane Perkasa. Tentunya menu utama mereka ialah Satay Tulang. Untuk pengetahuan anda, Satay Tulang adalah tulang ayam yang diperap dan dibakar seperti satay biasa. Satay Tulang ini nampak besar dari satay biasa kerana tulang ayam ini dipotong dan mempunyai isi sedikit untuk rasa lebih enak ketika makan. Selain itu, anda juga boleh cuba satay ayam, kambing dan daging dekat sini. Nak lagi sedap? Anda boleh tambah timun dan nasi impit.
Sate Tulang Coachrane - Food Review |
It's time to try Satay Tulang Coachrane. Sebenarnya MOMI sudah beberapa kali ke sini bersama rakan Blogger, memandangkan tahun ini rajin nak buat 'content' sempat ambil gambar dan video hehe. Rasa Satay Tulang memang sedap, rasa macam satay yang biasa cuma dia seronok boleh gigit-gigit tulang tu. Kemudian, cicah pula bersama kuah kacangnya memang terbaik. Satu cucuk ada 3 satay tulang. Kalau ada masa, mari singgah ke Satay Tulang Coachrane. = Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur
Sate Tulang Coachrane - Food Review |
Video Sate Tulang Coachrane Di TikTok
@rafzantomomi Jom cuba Satay Tulang Cochrane! Dah berapa kali singgah sini, memang suka dengan Satay Tulang Cochrane ni. Makan pulak dengan kuah kacang memang layan! Selain itu ada juga satay ayam, daging dan kambing. Nak tambah nasi impit dan kuah kacang ekstra pon boleh tau. 📍Satay Tulang Cochrane, Maluri (berdekatan dengan MyTown Shopping Centre) #sataytulangcochrane #sataytulang #sataybestintown #MakanLokal #tempatmakanbestkl ♬ Satay - Tiggie & Friends
Waktu Operasi Sate Tulang Coachrane
Dibuka dari Setiap Hari bermula dari 6:30 petang hingga 1:30 pagi.
Media Sosial Sate Tulang Coachrane
Alamat Penuh Sate Tulang Coachrane
Jalan Cochrane,
Maluri, 55100
Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
0 Comments