Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur | Assalamulaikum & Salam Sejahtera guys! Alhamdulillah, kita sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadan. Pasti ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti, lagi-lagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Apa kata anda berbuka puasa di Pavilion Hotel Kuala Lumpur. Apakah hidangan yang disediakan oleh Pavilion Hotel Kuala Lumpur- Bufet Ramadan Di Kuala Lumpur ini? Mari MOMI kongsikan.
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner di The Courtyard, Pavilion Hotel Kuala Lumpur ini bermula dari 25 Mac 2023 hingga 20 April 2023. Bufet yang bertemakan 'Laman Selera Nusantara' ini bakal menghidangkan pelbagai jenis hidangan tempatan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama keluarga dan rakan-rakan. Kesemua menu ini disediakan oleh pasukan chef berbakat kami yang diketuai oleh Chef Sajian Melayu - Mohd Khoiri Bin AbdulAziz, Pembantu Kanan Chef The Courtyard - Nur Akbar Bin Mohamed Isa, dan Pembantu Chef - Muhammad Faiz Bin Abdul Rahman. Restoran The Courtyard ini terletak di Lobi hotel Tingkat 8, Pavilion Hotel Kuala Lumpur.
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Antara hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Pavilion Hotel Kuala Lumpur ialah Laksa Utara, Sup Tulang Merah gaya Singapura, Salmon Wellington dengan adunan rempah ratus Melayu, Shawarma, Otak-otak Bakar, Sate Bakar, Kambing Golek Berempah dengan Lada Hitam, Lemang Daun Lerek, Nasi Kandar Penang, Mee Goreng Dulang, Kambing Kuzi, Ikan Keli Masak Lemak Nenas, Kari Ayam Kapitan Nyonya, Talapia Sambal Portugis, Daging Salai dan macam-macam lagi.
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
Buffet Dinner 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur |
The Courtyard menampilkan hidangan Chef Selebriti Malaysia - Dato’ Chef Ismail Ahmad. Beliau terkenal dengan kepakarannya dalam masakan warisan Melayu, dan cita rasa serta teknik beliau yang unik. Antara hidangan popular beliau, termasuk Mi Rebus Tulang yang enak berperisa, pulut durian yang lazat, dan Air Janda Pulang yang menyegarkan juga disediakan.
Melengkapkan lagi selera makan anda dengan barisan pencuci mulut yang menarik. Antara pencuci mulut yang anda boleh cuba ialah Bubur Pulut Hitam, Pengat Nangka, Sago Mangga, Buah-Buahan, seleksi kek, Kuih Muih Melayu, Biskut Raya, Aiskrim, ABC dan macam-macam lagi. Memang meriah atas meja bufet di The Courtyard, Pavilion Hotel Kuala Lumpur. Tunggu apa lagi guys? Jom tempah sekarang !Harga Buffet Dinner Kuala Lumpur 2023 - Pavilion Hotel Kuala Lumpur
Buffet Dinner Hotel 2023 di Pavilion Hotel Kuala Lumpur bermula sepanjang bulan Ramadan 2023 iaitu dari 24 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Buffet Dinner Kuala Lumpur - Pavilion Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) -
RM228 nettRM188 nett - Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) (Seorang) - RM100 nett
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi The Courtyard di +603 2117 2821, WhatsApp +6017 206 8805 atau emel thecourtyard-pavilionhotel@banyantree.com
Alamat Pavilion Hotel Kuala Lumpur
170,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
0 Comments