Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre | Assalamulaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti, lagi-lagi mereka yang berada di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Apa kata anda berbuka puasa di Pullman Kuala Lumpur City Centre. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Pullman Kuala Lumpur City Centre - Bufet Ramadan Di Kuala Lumpur ini? Mari MOMI kongsikan.
Baca Juga :
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
Bufet Ramadan Hotel Kuala Lumpur di Sedap Restaurant, Pullman Kuala Lumpur City Centre ini bermula dari 25 Mac 2023 hingga 21 April 2023. Bufet yang bertemakan 'Bazaar Dinner Buffet' ini bakal menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang menampilkan sajian dari menu tempatan dan juga menu antarabangsa yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama keluarga dan rakan-rakan. Anda akan didendangkan dengan persembahan band yang pasti menggamit suasana berbuka dan hari raya.
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
Antara hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Pullman Kuala Lumpur City Centre ialah Ayam Kampung Bakar Minang, Gulai Ayam, Ikan Tenggiri Percik, Nasi Kukus Bunga Telang, Wok fried Prawn With Lemongrass, Kambing Masak Opor, Sushi, seleksi Kerabu dan macam-macam lagu. Selain itu, anda juga bakal menikmati hidangan yang dihidangkan di masak oleh cef dekat gerai Bazaar Pullman KLCC (Bahagian Luar Pullman KLCC) seperti Kambing Bakar, Satay, Shawarma, Roti Canai, Teh Tarik, Okonomiyaki, Malaysian Noodles, Ikan Bakar dan beberapa gerai lain.
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
|
Bufet Ramadan 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre |
Melengkapkan lagi selera makan anda dengan barisan pencuci mulut yang menarik. Antara pencuci mulut yang anda boleh cuba ialah Kuih Muih Melayu, seleksi kek, agar-agar, buah-buahan, ais krim, ABC dan macam-macam lagi. Selain itu, anda juga boleh tambah RM50 untuk dapatkan durian 'free-flow', makan sepuasnya di ruang Bazaar Pullman KLCC. Memang meriah atas meja bufet di Sedap Restaurant, Pullman Kuala Lumpur City Centre. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat!
Harga Bufet Ramadan Kuala Lumpur 2023 - Pullman Kuala Lumpur City Centre
Bufet Ramadan Hotel 2023 di Pullman Kuala Lumpur City Centre bermula sepanjang bulan Ramadan 2023 iaitu dari 25 Mac 2023 sehingga 21 April 2023. dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadhan Kuala Lumpur - Pullman Kuala Lumpur City Centre adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM238 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) (Seorang) - RM119 nett
Early Bird Promotion
Dapatkan baucar early bird bufet Ramadan di Pullman Kuala Lumpur City Centre dari sekarang hingga 25 Mac 2023 pada harga :
- Dewasa (Seorang) - RM178.50 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) (Seorang) - RM89.25 nett
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Pullman Kuala Lumpur City Centre, sila hubungi WhatsApp +6016 290 3864 atau email ke restaurants@pullman-klcc.com.
Alamat Pullman Kuala Lumpur City Centre
Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Carian : Bufet Ramadan 2023, Buffet Ramadhan 2023, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2023, Buffet Ramadhan Bukit Bintang 2023, Buffet Ramadhan Hotel 2023
0 Comments