Review Filem - Avatar : The Way of Water

Review Filem - Avatar : The Way of Water
Review Filem - Avatar : The Way of Water

Review Filem - Avatar : The Way of Water Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Filem yang masih memegang kutipan tertinggi diseluruh dunia, Avatar (2009) kembali dengan filem sekuelnya. Jake Sully kembali ke layar perak setelah lebih 13 tahun filem pertamanya yang bertemakan fantasi, pengembaraan dan aksi. Filem tersebut berjudul Avatar : The Way of Water kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Disember 2022. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Avatar : The Way of Water*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Avatar : The Way of Water 2022

Sinopsis Avatar : The Way of Water
Filem Avatar : The Way of Water mengisahkan tentang Jake Sully, Neytiri dan anak-anak mereka cuba untuk kekal bersama dan berusaha sedaya upaya untuk melindungi satu sama lain dan melindungi tempat tinggal mereka apabila tanah mereka sekali lagi diganggu oleh manusia. Keluarga Sully menanggung bahaya, pertempuran hingga mati, dan tragedi apabila mereka berpindah dari rumah mereka dan melarikan diri ke dunia air Metkayina, yang mengganggu politik puak. Mampukah Jake Sully dan keluarganya lari dari masalah yang mereka hadapi?

Filem yang berdurasi selama lebih 3 Jam 15 Minit ini merupakan arahan James Cameron. Filem Avatar : The Way of Water dibintangi oleh Sam Worthington, Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Kate Winslet, Cliff Curtis, Joel David Moore, CCH Pounder, Edie Falco, Brendan Cowell, Jemaine Clement, Giovanni Ribisi, David Thewlis, Oona Chaplin dan Datuk Michelle Yeoh dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai 13 dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX, 2D ScreenX dan 4D. Filem ini menelan kos belanja sebanyak USD 416 juta. 

Review Filem - Avatar : The Way of Water
Poster Filem 2022 - Avatar : The Way Of Water

Ulasan Filem Avatar : The Way of Water
Filem Box Office No. 1 di dunia, Avatar yang diterbitkan pada tahun 2019, kini kembali dengan sekuelnya. Filem ini sangat 'hype' dan promosinya berada disana sini. Walaupun MOMI belum menonton filem pertamanya sebelum menonton filem Avatar : The Way of Water, tetap gigihkan diri juga ajak kawan-kawan menonton filem ini. Filem ini MOMI menonton dipawagam sebanyak dua kali, pertama kali yang biasa dan kali kedua dalam 4D. 

Jalan ceritanya it's basically, Jake Sully nak lari dengan keluarganya dari diburu oleh manusia. Walaupun sedikit perlahan jalan ceritanya, anda akan disajikan dengan kecantikan pelbagai adengan dan senimatografi dalam filem ini. Sebelum ini kita hanya tengok dalam hutan sahaja, itu pon dah cantik. Kali ini mereka membawa penonton ke dalam laut, serius memang cantik adengan bersama hidupan dalam air. Memang penonton akan terpaku melihat suasananya, lagi-lagi dalam 3D. Serius cantik!

Seterusnya, nak cerita adengan aksi pula. Adengan aksi dalam filem Avatar : The Way of Water memang menarik dan ada beberapa plot twist yang penonton harus fokus menonton hingga akhir. Lebih-lebih lagu jika anda menonton dalam 4DX, bahagian aksi memang buat anda tak senang duduklah. Bukan sahaja bergerak, malah ada percikan air, angin, tembakan peluru dan macam-macam lagi seakan berada dalam filem. Walaupun filem ini durasinya lebih 3 jam, MOMI tak rasa bosan malah seronok menonton sehingga habis. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Avatar : The Way of Water ini sangat menarik dan menakjubkan. Walaupun tak berapa ingat filem pertamanya, filem keduanya kembali mencerita beberapa babak-babak dari filem pertamanya. Cuma ada beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Sedikit info untuk anda, filem ke-3 Avatar bakal berada dipawangan pada Disember 2024. Jangan lupa saksikan filem Avatar : The Way of Water dipawagam berhampiran mulai 15 Disember 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG



Post a Comment

0 Comments