Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review

Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review
Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review

Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bila masuk media sosial mesti akan jumpa tempat-tempat makan yang sedang viral. Lagi-lagi kalau 'scroll' video dekat TikTok, macam-macam video tempat makan viral yang keluar. Termasuk yang MOMI nak kongsikan ini, kedai makan dekat Kampung Baru iaitu Nasi Lemak Kak Chuk yang telah beroperasi lebih 20 tahun. Apa yang menarik dekat Nasi Lemak Kak Chuk Kampung Baru ni? Teruskan membaca.

Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review
Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review

Menu yang anda boleh cuba dekat Nasi Lemak Kak Chuk ini semestinya makanan kegemaran rakyat Malaysia, Nasi Lemak. Bukan sahaja Nasi Lemak biasa, lauk-lauknya juga menjadi perhatian. Menariknya Nasi Lemak Kak Chuk ini ada tambahan Sayur Kangkung dan telur rebus sebiji. Harga juga sangat berpatutan dan sesuai dengan 'portion'nya. 

Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review
Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review

Antara lauk yang anda boleh cuba ialah Ayam Goreng, Sambal Sotong, Rendang Ayam dan beberapa lauk lain. Dekat Nasi Lemak Kak Chuk anda boleh 'dine-in' tetapi meja adalah terhad dan anda juga boleh bawa pulang. Kalau anda dine-in dekat sini, anda juga boleh beli minuman yang disediakan dengan harga RM2 sahaja.

Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review
Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review

It's time to try Nasi Lemak. Untuk pertama kali ini, MOMI cuba Nasi Lemak dengan Sambal Sotong. Kalau tengok 'portion' nasi macam biasa, cuma lauknya memang puas la makan sebab besar. Rasa Nasi yang sedap dan sambal yang tak berapa pedas, memang sesuai dengan MOMI yang tak makan pedas. Kalau makan Nasi Lemak ni memang kenyanglah. 

Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review
Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru - Food Review

Waktu Operasi Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru
Dibuka dari Setiap Hari bermula 7:00 pagi hingga 10:30 pagi, kemudian pada 5:00 petang hingga 11:00 malam (Untuk Isnin Hingga Sabtu). Pada hari Ahad sahaja dibuka bermula 7:00 hingga 10:30 pagi sahaja.

Media Sosial Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru

Alamat Penuh Nasi Lemak Kak Chuk, Kampung Baru
1, Jalan Daud, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur


Post a Comment

0 Comments