Review Genting Dream by Resorts World Cruises |
Pengalaman Bercuti 4 Hari 3 Malam Dengan Genting Dream by Resorts World Cruises (Port Klang-Pulau Pinang-Singapura-Port Klang) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Rasa macam semalam je naik Genting Dream by Resorts World Cruises. Alhamdulillah dapat juga merasa salah satu impian nak naik Cruise dalam masa terdekat. Pada 16 Januari hingga 19 Januari 2023, MOMI berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman naik kapal pelayaran Genting Dream by Resorts World Cruises ini bersama rakan-rakan Blogger, Media dan Influencer. Mari MOMI kongsikan pengalaman menaiki Genting Dream by Resort World Cruises selama 4 Hari 3 Malam Dari Port Klang-Pulau Pinang-Singapura-Port Klang. | Review Genting Dream Cruise
Sebahagian Dari Kapal Persiaran Genting Dream |
Untuk pengetahuan anda, Genting Dream ini dimiliki oleh Resort World Cruise. Pelayaran Genting Dream buat masa ini hanya dari Port Klang-Pulau Pinang-Singapura-Port Klang dan tidak lama lagi akan ke Phuket, Thailand pula. Untuk percutian MOMI ini, MOMI telah diundang oleh pihak Resort World Cruise untuk menikmati 4 Hari 3 Malam di Genting Dream dan bertuah sebab sertai trip bersama pelayaran Songbird Ziana Zain. Kapal yang memiliki 19 Deck ini memang sedang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Singapura dan Malaysia. | Review Genting Dream Cruise
Anda Juga Boleh Baca :
- 7 Perkara Paling Penting Yang Anda Wajib Buat Sebelum Naik Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises
- Balcony Deluxe Stateroom - Genting Dream by Resort World Cruises
- The Lido Restaurant - Restoran Halal Di Genting Dream by Resort World Cruises
Besar Betul Kapal Persiaran Genting Dream ni |
Kapal persiaran Genting Dream by Resort World Cruises ini adalah Mesra Halal yang mengikut Standard Organisation of Islamic Coopertation (OIC) / Standard and Metrology Institute for Islamic (SMIIC) pertama di dunia. Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di atas kapal persiaran ini. Haaa.... Sebelum naik Genting Dream, ini benda paling penting yang anda Wajib buat. | Review Genting Dream Cruise
Dari Side Tepi Genting Dream |
Kami Dah Bersedia! |
Hari Pertama
16 Januari 2023 - Isnin
Port Klang Cruise Terminal (PKCT) |
Check-in
MOMI dan rakan-rakan 'carpool' ke Port Klang seawal 7:00 pagi lagi, maklumlah hari bekerja kena awal sikit. Kami kena berkumpul di Port Klang Cruise Terminal (PKCT) pada 9:30 pagi. Untuk parking di PKCT, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 (sebuah kereta). Beg Luggage sudah diuruskan oleh pihak Resort World Cruise dan seterusnya kami dapat pas merah berserta nombor Cabin. Seterusnya, kami menyerahkan Passport untuk diperiksa. Kemudian, kami masuk dalam kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruise lebih kurang jam 11:00 pagi macam tu. Lepas tu terus masuk Cabin dan lihat sekitar Cabin. Serius! Awesome gila! Kalau nak tengok kisah penuh untuk bilik Balcony Deluxe Stateroom ini, boleh baca disini. | Review Genting Dream Cruises
MOMI bersama kad merah |
Makan Di The Lido Restaurant
Aktiviti pertama atas kapal persiaran ini ialah makan! Pertama kali makan diatas kapal dekat Deck 16 di The Lido Restaurant. Restoran ini adalah Halal dan tidak menghidangkan sebarang alkohol dan makanan terlarang yang lain. Untuk info lanjut tentang The Lido Restaurant, boleh baca disini.
Guided Ship Tour
Selepas makan terus ke aktiviti seterusnya kami dibawa untuk Guided Ship Tour oleh Ship Crew. Kami di bawa ke pelbagai lokasi termasuk bahagian depan kapal, helipad, The Palace dan dapur yang menghidangkan makanan-makanan halal. Menariknya ada lif khas untuk bawa bahan masakan dan makanan yang halal sahaja. Terbaiklah Resort World Cruises! Dalam jam 4:20 petang, kapal persiaran Genting Dream sudah mula berlabuh ke Pulau Pinang.
Bersama Kapten Genting Dream |
Dapur Yang Bersih |
Lif khas untuk makanan halal sahaja |
Menonton Show di Zodiac Theatre
Selepas itu, kami berehat seketika dan pulang ke Cabin masing-masing. Masa ini memang sibuk ambil gambar dan video dalam cabin. Sempat juga tidur sekejap sebab rasa penat berjalan masa Ship Tour tadi haha. Jam 6:00 petang, kami ke The Lido Restaurant untuk makan malam pula. Selepas makan malam, kami terus ke Zodiac Theatre di Deck 7 untuk menyaksikan 'NEW SEASON SHOW PREMIERE' yang berlangsung selama 1 jam dari jam 8:45 malam hingga 9:45 malam. Untuk saksikan persembahan ini, anda perlu datang awal supaya dapat tempat duduk sebab ruang duduk adalah terhad. | Review Genting Dream Cruises
Antara Persembahan New Season Show Premiere Di Zodiac Theatre |
Antara Persembahan New Season Show Premiere Di Zodiac Theatre |
Antara Persembahan New Season Show Premiere Di Zodiac Theatre |
Antara Persembahan New Season Show Premiere Di Zodiac Theatre |
Selepas menyaksikan persembahan, kami bebas berjalan-jalan di sekitar kapal persiaran untuk menikmati udara segar. Selepas itu, kami pulang ke Cabin masing-masing dan selamat malam.
Hari Kedua - Pulau Pinang
17 Januari 2023 - Selasa
Cari Makanan Di Sekitar George Town Pulau Pinang
Selamat pagi Pulau Pinang! Bangun bagi bukak je langsir, dah nampak Pulau Pinang. Alhamdulillah tiba di Swettenham Pier, Pulau Pinang. Kami bersiap-siap dan terus turun ke Pulau Pinang, tak sarapan atas kapal. Sebelum turun, kami diminta untuk ambil passport masing-masing untuk kegunaan di Singapura nanti. Pukul 8.30 pagi kami turun kapal dan cari Grab untuk mencari tempat-tempat makan menarik dekat Pulau Pinang.
yeayy Sampai Pulau Pinang! |
Di Pulau Pinang, kami hanya berjalan-jalan di sekitar George Town untuk mencari tempat makan best disekitarnya. Disebabkan tak sarapan pagi, kami ke lokasi pertama Roti Bakar Hatten Lane. Seterusnya kami berjalan-jalan ke sekitar Pasar Chowrasta, membeli jeruk dekat Jeruk Madu Pak Ali, singgah minum sebentar di Ais Tingkap dan akhir sekali, makan tengah hari di Hameediyah Restaurant untuk makan Nasi Kandar. Lepas makan, terus ke Swettenham Pier untuk naik kapal persiaran. Kami wajib pulang ke kapal sebelum 2:30 petang untuk memudahkan pelayaran seterusnya. Kami berehat seketika dalam Cabin dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. Pada jam 4.00 petang, kapal Genting Dream berlabuh ke lokasi seterusnya.
Foam Party
Kami berkumpul pada 5:30 petang untuk Foam Party pula di Zouk Beach Club di Deck 17. Dekat sini memang seronok main buih sabun sambil menari gitu aha. Kalau anda berminat untuk Foam Party, anda perlu bayar $20SGD dan dapat segelas air dan aiskrim. Kalau nak join Foam Party, pakai baju yang sesuai sebab nanti anda akan basah. Kalau tak nak main buih sabun pon takpe, just duduk je dekat kerusi hehe. Lepas habis Foam Party, tukar baju dan terus singgah makan malam. | Review Genting Dream Cruises
Showcase Song Bird : Ziana Zain
Lepas makan, kami berkumpul di Zodiac Theatre di Deck 7 pada jam 8:00 malam untuk menyaksikan Showcase Song Bird, Ziana Zain. Bertuah rasanya dapat melihat persembahan penyanyi tersohor di negara kita didepan mata. Ziana Zain menyanyikan 5 buah lagu hits termasuk sebuah medley, sambil itu diselitkan dengan borak-borak santai dan 'game' bersama para penonton yang terpilih. Memang seronok sangat dapat peluang ini. Terima kasih Ziana Zain dan Resorts World Cruises hehe.
Tiket Konsert Songbird Ziana Zain |
Loveee Ziana Zain |
Loveee performance Ziana Zain |
Selepas Showcase Ziana Zain, kami lepak di atas kapal sambil menikmati angin laut. Selepas itu, kami pulang ke Cabin masing-masing dan selamat malam.
Hari Ketiga - Singapura
18 Januari 2023 - Rabu
Jalan-Jalan Di Singapura
Hello Singapore! Bangun tidur pergi balkoni masih belum masih di Singapura. Jadi kami bersiap-siap dulu untuk sarapan pagi di The Lido Restaurant. Lepas makan, kami rileks-rileks dulu dalam bilik dan seterusnya bersedia untuk berhenti di Singapura. Di Singapura, kami disediakan bas untuk bergerak ke beberapa destinasi, jadi tak perlu ambil Grab hehe. Sebelum turun di Singapura, pastikan anda bawa passport dan 'screenshot' siap-siap 'Declaration Receipt' dalam aplikasi MyICA.
Dekat Singapura, lepas periksa passport kami terus naik bas untuk menuju ke lokasi-lokasi di sekitar Singapura. Disini kami sempat singgah di Merlion Park dan Orchard Road yang merupakan lokasi tumpuan para pelancong luar apabila ke Singapura dan singgah makan dekat Golden Mile Food Centre. Selepas itu, jam 5:00 petang kami bergerak ke Marina Bay Cruise Centre Singapore untuk pulang ke kapal. Kami berehat sebentar dan bersedia untuk makan malam. | Review Genting Dream Cruises
Makan Malam Di Dream Dining Room
Pada malam terakhir diatas kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruise ini kami berkesempatan untuk makan 'fine dining' di Dream Dining Room. Memang best gila sambil makan, sambil berborak. Boleh ambil pencuci mulut yang dihidangkan secara bufet. Malam itu, semua pakai baju bertemakan warna merah. Memang meriah la kami makan disitu.
Yummy! |
Wefiee guys! |
Selepas makan, semua dah bebas dan boleh kemana-mana sahaja di atas kapal. Sempatlah kami main game beramai-ramai sebelum nak balik esoknya. Sempat supper dekat The Lido dan teruskan aktiviti sehingga 2:00 pagi. Selepas itu, kami pulang ke Cabin masing-masing dan selamat malam.
Hari Keempat (Akhir) - Port Klang
18 Januari 2023 - Rabu
Check-Out
Alhamdulillah. Akhirnya tiba di Port Klang Cruise Terminal , sebelum pulang kami sempat sarapan pagi buat kali terakhir di The Lido Restaurant. Dalam pukul 9:45 pagi setelah selesai kemas semua, kami terus 'check-out'. Kiranya hari akhir ni sempat lagi kalau nak jalan-jalan atas kapal, tapi kami terus 'check-out' awal untuk elak sesak masa keluar nanti.
-----
Tamat sudah trip selama 4 hari 3 malam di kapal persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises. Rasa seronok tak terkata bila dapat naik kapal persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises ini. Walaupun tak dapat nak buat banyak aktiviti atas kapal tu, tetapi rasa dah sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti. Terima kasih Resorts World Cruises diatas peluang yang sangat best ini, dan MOMI sangat seronok ketika berada diatas kapal persiaran ini. Kalau ada peluang lagi nak 'explore' lebih lagi Genting Dream ini. Okay MOMI nak kongsi sikit beberapa gambar dalam kapal persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises ini. Nak masukkan semua banyak sangat, ni orang kata last-last hahaa. | Review Genting Dream Cruises
Untuk maklumat lanjut mengenai kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises sila layari media sosial mereka di Facebook dan Instagram. Untuk tempahan anda boleh layari laman web Resorts World Cruises atau hubungi nombor berikut :
Talian Bebas Tol (Singapura) : +65 800 852 8188
Talian Bebas Tol (Malaysia) : 1800 81 4852
0 Comments