Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Buffet Ramadhan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Review bufet Ramadan dah tiba. Teruja sebab kita bakal jumpa sekali lagi bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. MOMI yakin pasti ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk berbuka puasa nanti. Apa kata anda berbuka puasa di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point - Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur ini? Mari Momi kongsikan.
Baca Juga :
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Santapan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepaniang bulan ramadan. Bertemakan "Air Tangan Ibu", Santapan Ummis Hijau Kasturi meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi buffet bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023 dengan 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara untuk anda ubati rindu pada ibu yang sudah tiada atau jauh di kampung bersama kita.
Menu Berbuka Puasa Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang, Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi bakal membawa anda mendakap rindu dengan masakan yang mencuri hati sejak suapan pertama ke mulut. Tiga masakan utama setiap hari ialah 'Berlado', 'Masak Lemak' dan 'Asam Pedas' dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak.
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga. Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan. Untuk pencuci mulut, anda boleh cuba 'Kuih Muih' dan'Aneka Bubur'.
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Dulang Berkat
Sedikit kelainan pada Ramadan kali ini, Santapan Ummis Hijau Kasturi bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. Haa menarik juga kan?
Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point |
Kemudahan Berbuka Puasa Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan.
Harga Bufet Ramadan 2023 - Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point
Bufet Ramadan 2023 di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point bermula dari 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023 dari 6.30 petang hingga 9.00 malam. Diingatkan bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan. Harga Bufet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM51.90
- Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun)* - RM19.90
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM19.90
* Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah Adalah Percuma
Harga 'Early Bird' Bufet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point sehingga 28 Februari 2023 pada harga seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM45.90
- Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun)* - RM17.90
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM17.90
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point, sila hubungi 03-40324383 (pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production). Selamat berbuka puasa guys!
Alamat Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul Point
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan 2023,Buffet Ramadhan 2023,Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Sentul 2023, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2023, Buffet Ramadhan Restoran 2023
0 Comments