7 Perkara Paling Penting Yang Anda Wajib Buat Sebelum Naik Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises

7 Perkara Paling Penting Yang Anda Wajib Buat Sebelum Naik Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises
7 Perkara Paling Penting Yang Anda Wajib Buat Sebelum Naik Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises

7 Perkara Paling Penting Yang Anda Wajib Buat Sebelum Naik Kapal Persiaran Genting Dream by Resort World Cruises | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Nak bercuti memang rasa teruja dan tak sabar kan? Tapi paling risau mesti ada je benda yang akan jadi 'spoil' semasa percutian nanti. Lagi-lagi anda yang teruja nak menaiki Genting Dream. Tengok tajuk pon dah panjang kan? Haaa ini bermakna anda WAJIB buat 7 perkara ini sebelum naik kapal persiaran. Jadi, untuk entri ini MOMI nak kongsikan apa benda yang paling penting yang anda perlu buat sebelum menaiki Genting Dream by Resort World Cruises. 

Berikut adalah perkara-perkara penting yang anda WAJIB lakukan sebelum menaiki Genting Dream.

1. Passport

I repeat! Sila bawa passport anda. Tidak kira anda dari Malaysia atau Singapura, Passport anda adalah WAJIB sebelum naik Genting Dream. Sebelum naik juga sila pastikan tarikh luput pada passport anda adalah 6 bulan ke 1 Tahun sebelum tarikh tamat tempoh. Jika tarikh luput anda kurang dari 6 bulan ke 1 tahun, anda TIDAK DIBENARKAN untuk menaiki Genting Dream dan anda perlu hidupkan semula passport anda sebelum kapal berlayar. 

2. Tiket Genting Dream

Tengah-tengah teruja tu, jangan pula lupa bawak tiket Genting Dream. Sama ada secara 'print' atau elektronik. Juga benda paling wajib sebelum naik. Kalau tak, tunggu je dekat Port Klang tu haha.

3. Status Vaksinasi COVID-19

Hello, excuse me. COVID-19 masih berlegar-legar di muka bumi ini ya. Jangan lupa untuk tunjuk status vaksinasi COVID-19 sekurang-kurangnya lengkap 2 dos Wajib dan 1 Booster untuk naik Genting Dream. Nanti screenshot siap-siap nanti ada guna juga pada nombor 6.

4. Wang Tunai Dalam Singapore Dollar (SGD)

Untuk pengetahuan anda, Genting Dream ini adalah kapal pelayaran dari Singapura. Semua transaksi dalam Genting Dream adalah dalam SGD ya, bukan RM (Ringgit Malaysia). Jangan lupa tukar siap-siap beberapa hari sebelum naik tu. Awal tak kalut orang kata haha.

5. Jangan Bawa Barang-Barang Ini Semasa Naik Genting Dream

Macam naik kapal terbang, naik kapal pelayaran juga anda tak boleh bawa barang-barang terlarang. Jangan tanya kenapa tak boleh bawak, nanti kena tahan padan muka korang. Barang-barang terlarang adalah seperti berikut : 

  • Barangan Elektrik seperti Coffee Maker, seterika (Iron), alat memasak, Extension Cords dan lain-lain.
  • Bahan Mudah Terbakar
  • Dadah
  • Minuman Keras (Alkohol)
  • Makanan Mentah - Daging, Ayam, Udang dan Lain-lain
  • Rokok Elektronik (Vape)

6. Muat Turun Aplikasi MyICA Mobile

Ini juga perkara paling penting antara yang terpenting ya. Kalau anda berniat nak turun di Singapura nanti, Muat turun siap-siap aplikasi MyICA dalam smartphone canggih anda sebelum menaiki kapal pelayaran Genting Dream. Bukan apa, atas kapal internet sangat terhad ya, takut tak sempat nanti. Ni pon orang kata, awal tak kalut haha. Ini wajib diisi 3 hari sebelum anda tiba di Singapura. Dalam aplikasi MyICA ini, anda perlu isi butir peribadi dan maklumat kesihatan anda. Jangan lupa 'screenshot' siap-siap, nanti mudah urusan di Singapura nanti.

7. Baju Renang

Yang ini nak kata wajib tak juga tapi kalau anda teringin bebenor nak mandi dekat Swimming pool dan Waterslide Park, sila bawa baju renang. Dekat Genting Dream, baju renang adalah WAJIB ya walaupun nak masuk Jacuzzi. MOMI pon tak bawak sebab malas nak berendam bagai haha.

-----

Itu sahaja perkara-perkara penting yang WAJIB anda lakukan sebelum menaiki kapal pelayaran Genting Dream by Resort World Cruises. Tolong ya, jangan tertinggal satu pon kecuali nombor 7.  Jangan cakap MOMI tak bagitahu eh, lengkap dah ni tau. Pada anda yang bakal berlayar bersama Genting Dream, selamat bercuti dan enjoy okay! 


Post a Comment

0 Comments