Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop

Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop
Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop

Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan. The Chicken Rice Shop (TCRS) tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Boleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023, menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan yang bakal tiba.

Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop
Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop

Disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat anda menyuarakan “Hot-Ah”! Sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang, TCRS telah menyediakan menu yang menampilkan tiga set yang berbeza untuk pilihan anda.

Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop
Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” kata Kah Yong.

Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop
Rasai Kehangatan Ayam Hot-Ah Di The Chicken Rice Shop

Untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini. Para peminat kini boleh menyertai cabaran menarik ini dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS! 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila layari laman web rasmi The Chicken Rice Shop dan laman Facebook The Chicken Rice Shop. Enjoys!

Post a Comment

1 Comments

Sally Samsaiman said…
Dah cuba, suka rasa pedas manis dia...berempah...mmg buat ketagih! Nnt nak join laaa cabaran niii...mana tau boleh jerit 14 jam straight...HAHAHAHA