7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan
7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Semua orang mengidamkan rumah yang besar dan selesa. Lagi-lagi disekitarnya ada pelbagai kemudahan fasiliti dan akses yang mudah untuk anda nikmati. Antara projek perumahan yang mempunyai kelebihan fasiliti dan kemudahan akses, pastinya di Tiara Sendayan. Untuk entri kali ini, MOMI nak kongsikan kepada anda mengenai kelebihan yang anda akan dapat jika anda membeli perumahan di Tiara Sendayan.

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan
7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

Di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad, Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di Negeri Sembilan yang memiliki pencapaian yang mengagumkan dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun. Matrix Concepts Holdings Berhad mendapat pelbagai anugerah berprestij seperti The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan banyak lagi. Selain itu, Tiara Sendayan terdiri daripada 14 presint rumah berangkai terdiri daripada 4,101 unit dan berjaya menyerahkan lebih 2,188 unit kepada pemilik penduduk Tiara Sendayan.

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan
7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan
Berikut adalah kelebihan untuk anda jika anda beli Pperumahan di Tiara Sendayan : 

01 Berdekatan Sekolah dan Institusi Pendidikan
Di Perumahan Terbaru Tiara Sendayan, anda akan mendapat akses mudah untuk anak-anak kerana ia berdekatan sekolah seperti SMK (Felda) Seri Sendayan, SJK (T) Bandar Sri Sendayan dan SJK (C) Bandar Sri Sendayan . Selain itu, ia berdekatan dengan institusi pendidikan tinggi seperti Nilai University dan INTI International University. 

02 Berdekatan Dengan Pusat Perubatan
Kelebihan seterusnya ialah ia berdekatan dengan pusat perubatan seperti Columbia Asia Hospital, KPJ Seremban Specialist Hospital dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. 

03 Kemudahan Rekreasi Di Central Park
Aktiviti anda bersama keluarga dan rakan-rakan juga dapat diluangkan dengan menikmati kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat yang terdapat di Central Park. Central Park seluas 12 ekar ini menyajikan pemadangan tasik yang indah dan pelbagai kemudahan eksklusif. Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuklah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gim, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. 

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan
7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

Selain itu, penduduk juga boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau menerbangkan layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain. Jadi mudah untuk anda seisi keluarga dan rakan-rakan mengamalkan gaya hidup sihat bersama. 

04 Akses Mudah Ke Tempat Tarikan
Perumahan Terbaru Tiara Sendayan ini berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti Sepang International Circuit, Port Dickson Waterfront dan berdekatan sahaja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

05 Keahlian D’Tempat Country Club
Antara kelebihan lain yang anda akan dapat ialah Keahlian D’Tempat Country Club secara percuma selama 5 penggal. Di D’Tempat Country Club, anda bakal menikmati pelbagai kemudahan yang menarik seperti kolam renang, kolam renang kanak-kanak dengan tempat permainan dan gelongsor air, gelanggang badminton indoor, gelanggang tennis indoor, bowling, gimnasium dan banyak lagi. 

06 Berdekatan Pusat Membeli Belah
Anda juga boleh ke pusat membeli belah berdekatan seperti Mydin Hypermarket Seremban 2, AEON Mall Seremban 2, Tesco Extra Seremban 2 dan banyak lagi.  

07 Tiara Sendayan Sesuai Buat Anda Yang Berkeluarga
Tiara Sendayan bakal melancarkan sebuah lagi perumahan baharu dengan harga kemasukan yang rendah. Harga SPA bermula dari RM 533,888. Perumahan terbaru Tiara Sendayan ini adalah rumah 2 tingkat dan ia mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Rumah ini berkeluasan 2,000 kaki persegi (20’ x 70’), sememangnya sesuai untuk mereka yang berkeluarga serta inginkan rumah yang luas.

7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan
7 Kelebihan Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi. Jika anda berminat dengan Perumahan Terbaru Tiara Sendayan anda boleh hubungi Matrix Concepts di talian 1-800-88-2688 dan layari https://tiarasendayan.com


Post a Comment

5 Comments

Geng Borak said…
Ramai yang beli rumah kat situ. Untung tau pembeli rumah kat Tiara Sendayan.
Eddy Rush said…
Harga mampu milk, boleh la beli satu unit kat tiara sendayan. Facilities die best2

Sally Samsaiman said…
Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!
landscaping dia paling Kak Fa suka and as well as kualiti binaan.
Kitkat Nelfei said…
Nell pernah go township nearby sini bah! Serious sgt conducive and great place to stay kan! Serba lengkap and most importantly, by the award-winning developer bah... boleh consider ni when they ada new project launch nanti..