Sertai Wheel-Yoo-Win dari Yoodo dan Menang Pelbagai Hadiah Menarik Bernilai Lebih RM2 Juta

Sertai Wheel-Yoo-Win dari Yoodo dan Menang Pelbagai Hadiah Menarik Bernilai Lebih RM2 Juta
Sertai Wheel-Yoo-Win dari Yoodo dan Menang Pelbagai Hadiah Menarik Bernilai Lebih RM2 Juta

Sertai Wheel-Yoo-Win Dari Yoodo dan Menang Pelbagai Hadiah Menarik Bernilai Lebih RM2 Juta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Anda ingin menang iPhone 14 Plus? Haaa... Jom sertai Kempen Akhir Tahun Yoodo, 'Wheel-Yoo-Win'. Pengguna setia Yoodo bakal menikmati pelbagai hadiah dan ganjaran yang menarik dengan sertai kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ bersempena perayaan akhir tahun. Apakah hadiah dan ganjaran menarik yang disediakan oleh Yoodo? Mari MOMI kongsikan.

Untuk pengetahuan anda, kempen Wheel-Yoo-Win dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung dari sekarang sehingga 21 Disember 2022. kempen ini menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Wow menarik tu! 

Bagaimana Untuk Sertai Wheel-Yoo-Win?
Jika anda ingin mengambil bahagian dalam kempen ini, anda hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo anda dan dijamin akan membawa pulang satu hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka.

Selain berpeluang memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter juga layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan. Jangan lupa nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November dan 22 Disember. 

Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win.


Hadiah-Hadiah Menarik Wheel-Yoo-Win
Apa pula hadiah yang ditawarkan untuk kempen Wheel-Yoo-Win ni? Haa hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
  • Item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE
  • Langganan percuma selama setahun kepada Majoriti bersama 2H1M ‘staycation’
  • e-baucar Grab
  • Kad e-hadiah Starbucks
  • e-baucar Petronas
  • Berlian Mobile Legends Bang Bang
  • e-baucar beli-belah Lazada

Bukan itu sahaja, malah anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan. Menariknyaa!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin


Post a Comment

0 Comments