|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Sekali lagi ke Johor Bahru bulan ini sebab ada kerja, jadi memang cari hotel yang best dan berpatutan disana. Jadi, MOMI stay dekat mana ya kalau dekat Johor Bahru kali ini? Dekat sini, MOMI bersama rakan-rakan Blogger menginap di GBW Hotel Johor Bahru. Macam mana rupa bilik dekat GBW Hotel Johor Bahru ini dan apa kemudahan yang disediakan? Mari MOMI kongsikan pengalaman menginap 3 hari 2 malam di GBW Hotel Johor Bahru.
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
GBW Hotel Johor Bahru (dulu dikenali dengan nama Grand BlueWave Hotel) ini terletak di Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, Johor Bahru dan kedudukannya sangat strategik dimana ia terletak di tengah bandar Johor Bahru. Staycation MOMI bersama rakan-rakan di 3 hari 2 malam dekat hotel empat bintang ini termasuk sarapan pagi di D' Mezzanine Coffee House. Ruang lobinya sangat selesa. Waktu check-in bermula 3:00 petang dan waktu check-out pula sehingga 12:00 tengah hari. Disebabkan jalan sedikit jem dari Kuala Lumpur, kami check-in pada jam 7:00 malam.
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
Executive King/Queen Room dekat GBW Hotel Johor Bahru
Bilik yang MOMI menginap di GBW Hotel Johor Bahru adalah di tingkat 17, iaitu bilikExecutive King/Queen Room. Bagi MOMI bilik ini sangat lengkap dengan peralatan rumah dan nampak selesa. Dekorasi bilik ini nampak klasik dan sangat sesuai sebenarnya untuk anda yang ingin berbulan madu. Sooo romantic! hehe. Lengkap dengan ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur. Memang eksklusif sangat!
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
Bilik ini lengkap dengan segala keperluan asas termasuk katil, televisyen, meja, kerusi, peti sejuk, peti keselamatan, papan seterika, air mineral dan bilik air (bath tub, tuala, pengering rambut dan alatan mandi). Kalau tengok pemandangan dari bilik ini memang sangat cantik, lagi-lagi waktu malam melihat kecantikan negara sebelah, Singapura. Bilik ini boleh MOMI katakan sangat selesa dan sangat berpuas hati untuk penginapan 3 hari 2 malam.
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
Kemudahan di GBW Hotel Johor Bahru
Di tingkat 1, GBW Hotel Johor Bahru menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh anda nikmati seperti kolam renang dewasa termasuk untuk kanak-kanak dan gimnasium. Turut disediakan surau lelaki dan wanita. Anda juga boleh tempah untuk adakan acara atau perkahwinan di GBW Hotel Johor Bahru ini. Menariknya, bagi anda yang suka jalan-jalan di sekitar hotel, perkhidmatan 'Shuttle' percuma juga disediakan untuk ke City Square dan Mid Valley Southkey.
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
Tempat Makan Dekat GBW Hotel Johor Bahru
Sepanjang penginapan MOMI dekat GBW Hotel Johor Bahru, MOMI sempat makan dekat restoran D' Mezzanine Coffee House dari sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
|
GBW Hotel Johor Bahru - Hotel Review |
Keseluruhannya, MOMI sangat berpuas hati menginap 3 hari 2 malam di
GBW Hotel Johor Bahru. Bilik yang selesa, staff
GBW Hotel Johor Bahru juga mesra dan kemudahan yang disediakan memang terbaik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti
GBW Hotel Johor Bahru di
laman web GBW Hotel Johor Bahru dan ikut media sosial :
Facebook. Selamat bercuti guys!
0 Comments