Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe

Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe
Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe 

Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kalau nak makan kek mesti akan singgah ke Secret Recipe. Kiranya salah satu kedai kek kegemaran MOMI lah. Baru-baru ini, Secret Recipe memperkenalkan kek baharu mereka iaitu 'Milo Cheese'. Kebetulan MOMI pergi Secret Recipe Mid Valley Megamal hari tu, nak juga rasa kek 'Milo Cheese'. Mari MOMI kongsikan cuba rasa makan kek Milo Cheese dari Secret Recipe.

Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe
Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe 

Kek Milo Cheese adalah kombinasi Milo dan kek Keju bersama Milo Nuggets diatasnya, Milo glaze, serbuk Milo, lapisan span Milo dan sememangnya melimpah dengan Milo hehe. MOMI sempat rasa kek Milo Cheese, rasanya memang sangat sedap, penuh rasa Milo dan kombinasi dengan keju memang sangat tepat. Peminat Coklat dan Cheesecake mesti sukalah!

Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe
Food Review - Kek Milo Cheese Secret Recipe 

Anda boleh dapatkan Kek Milo Cheese dari Secret Recipe dengan harga RM13++ (untuk sepotong, dine-in), RM12 (sepotong) dan RM120 (sebiji kek). Anda boleh dapatkan Kek Milo Cheese ini dekat cawangan yang terpilih sementara stok masih ada. Klik sini untuk ketahui cawangan yang terpilih untuk dapatkan Kek Milo Cheese. Selamat mencuba!


Post a Comment

1 Comments

Rodiah Amir said…
Semalam ke Aeon WangsaMaju nampak kek ni, belum teringin nak beli tapi nampak dekat entri Momi rasa nyesal tak cuba