Menu Summer Lovin San Francisco Coffee 2022 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Hangat-hangat musim panas ini, mesti nak cari minuman yang menyegarkan. Jom singgah ke San Francisco Coffee untuk menikmati menu musim panas mereka iaitu Summer Lovin'. Dengan tagline 'Tantalising Tropical Taste', menu Summer Lovin' memperkenal 3 minuman iaitu "Summer Unicorn", "Butterfly Pea" dan "Vanilla Lime Blast". Apa yang menarik tentang menu musim panas dari San Francisco Coffee ini? Mari MOMI kongsikan.
Menu Summer Lovin San Francisco Coffee 2022 |
Seperti biasa, MOMI akan cuba salah satu dari menu yang ada (nak beli semua tak mampu dik haha). Untuk menu Summer Lovin' ini MOMI beli 'Summer Unicorn' memandangkan MOMI peminat tegar Unicorn. Air 'Summer Unicorn' ini boleh dikatakan rasa menarik juga dengan gabungan susu segar, buah strawberi dan beberapa bahan lain. So yummy! 3 minuman ini didatangkan dalam 2 saiz iaitu Regular dan Large. Harga bermula dari RM16.50.
Tunggu apa lagi, jom cuba menu Summer Lovin' ini sekarang! Menu musim panas dari San Francisco Coffee ini boleh didapati di semua cawangan San Francisco Coffee bermula dari 6 Jun (kecuali Vanilla Lime Blast pada 10 Julai) hingga 31 Ogos 2022. Selamat mencuba!
0 Comments