Oppa Crunchy Chicken - Crispy, Crunchy dan Sememangnya Fresh |
Oppa Crunchy Chicken - Crispy, Crunchy dan Sememangnya Fresh | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Peminat makanan Korea, ini adalah entri yang sesuai untuk anda. Baru-baru ini MOMI dapat satu job review restoran dan makanan dekat Oppa Crunchy Chicken dekat Central I-City, Shah Alam. Ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia. Apa yang MOMI pesan dekat Oppa Crunchy Chicken ini? Mari MOMI kongsikan.
Oppa Crunchy Chicken - Crispy, Crunchy dan Sememangnya Fresh |
Restoran Oppa Crunchy Chicken ini menghidangkan makanan utama mereka iaitu ayam goreng Korea dalam pelbagai set dan ada 3 perisa sos. 3 perisa sos yang anda boleh cuba ialah "Honey Glaze", "Soy Garlic" dan "Hot Sauce". Anda boleh dapatkan set combo dari 3 ketul hingga 12 ketul ayam Korea dengan harga bermula RM14.90 hingga EM48.90. Setiap combo didatangkan bersama air dan nasi. Jika anda ingin tukar nasi, hanya tambah RM1.50 sahaja. Selain itu, anda juga boleh beli dalam set Family dengan harga bermula RM59.90.
Oppa Crunchy Chicken - Crispy, Crunchy dan Sememangnya Fresh |
Selain ayam goreng, anda juga boleh cuba rasa hidangan makanan laut (seafood) seperti Calamari dan Udang dalam versi combo atau ala-carte. Setiap combo didatangkan bersama air dan kentang. Kalau nak rasa burger, Oppa Crunchy Chicken turut menghidangkan 'Signature Burger' mereka dalam versi combo atau ala-carte.
Oppa Crunchy Chicken - Crispy, Crunchy dan Sememangnya Fresh |
Crunchy Chicken Combo
MOMI berkesempatan rasa sendiri set Crunchy Chicken Combo yang ada 8 ketul kepak dan peha ayam. Set combo ini didatangkan bersama dua minuman dan nasi. Pertama kali cuba Crunchy Chicken ini rasanya memang sedap dan rangup. Memang sedap makanan panas-panas. Dimakan pula dengan nasi, memang layan. Set Combo ini berharga RM32.90.
Oppa Crunchy Chicken - Crispy, Crunchy dan Sememangnya Fresh |
Alamat Oppa Crunchy Chicken, Central I-City
Central I-City,
LG-38, Jalan Multimedia,
I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
2 Comments