Oodles of Noodles - WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral |
Oodles of Noodles - WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Selalu MOMI cuba makanan dekat Aloft Kuala Lumpur Sentral di Nook sahaja, kali ini MOMI nak kongsikan pula hidangan dari WXYZ pula. WXYZ membawakan kepada anda, seleksi hidangan mi dari Malaysia dan Asia dengan 'portion' yang besar. Apa menu mi yang boleh anda cuba di WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral? Mari MOMI kongsikan.
6 Menu Oodles of Noodles
Untuk menu Oodles of Noodles ini, ada enam (6) menu yang boleh anda cuba seperti 'Sarawak Laksa', 'Beef Curry Noodle', 'Anchovy Misua', 'Pad Thai', 'Kolo Mee' dan 'Japchae'. Harga untuk menu Oodles of Noodles ini bermula dari RM32 hingga RM38. Oodles of Noodles kini boleh didapati setiap hari di WXYZ, dari 9:00 pagi hingga 10:00 malam.
Oodles of Noodles - WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral |
Menu yang MOMI sempat pesan semasa majlis preview menu Oodles of Noodles ini, ialah Pad Thai dan Japchae. Saiz hidangan menu Oodles of Noodles ini memang besar juga dan puas makan tau hehe. Rasa Pad Thai yang pedas dan masam serta rasa Japchae yang lazat memang menjadi menu kegemaran MOMI.
Jom tengok sikit menu-menu Oodles of Noodles :
Pad Thai
Menu dari Thailand, Pad Thai dimana wok-fried noodles yang di atasnya ada udang, taugeh, daun kucai, kacang tanah hancur, dan dihidangkan dengan cili dan limau nipis. Memang sedap!
Pad Thai - Oodles of Noodles |
Japchae
Mee kentang kaca yang digoreng dengan kicap, madu, bayam, cendawan, sayur campur dan lada hitam. Memang 'feel' Korea sangat! hehe.
Japchae - Oodles of Noodles |
Kolo Mee
Mi Kolok atau di WXYZ dipanggil "Kolo Mee" merupakan hidangan yang telah menjadi hidangan 'signature' rakyat Sarawak hari ini. Mi kolok diatasnya bersama BBQ chicken, bok choy dan fried wanton, bersama mi wanton dan bawang putih, sesame dan caramel soy sauce bersama cili jeruk di tepi.
Kolo Mee - Oodles of Noodles |
Laksa Sarawak
Merupakan hidangan 'signature' di Nook, Laksa Sarawak hadir dengan portion lebih besar. ia diisi dengan bihun, udang, ayam, telur dadar yang dicincang, taugeh dan di atasnya dengan daun ketumbar, dengan sambal di tepi.
Laksa Sarawak - Oodles of Noodles |
Beef Curry Noodle
Beef Curry Noodle yang penuh dengan daging lembu yang dihiris, 'fish cake', kuah kacang, tau foo pok yang rangup, kacang panjang dan terung, dalam mangkuk bersama kari pedas.
Beff Curry Noodle - Oodles of Noodles |
Anchovy Misua
Anchovy Misua pula dihidangkan dengan ikan bilis yang lembut bersama kuah yang enak, mi misua, ayam kukus, bok choy, bawang goreng dan telur rebus.
Anchovy Misua - Oodles of Noodles |
Super Spicy Challenge
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di Aloft? Jom sertai Cabaran Super Spicy (Super Spicy Challenge) dengan menghabiskan semangkuk 'Super Spicy Noodles' bersama 'Spicy Shot' (tiada alkohol) dalam masa 1 minit, tanpa minum apa-apa. Staff WXYZ akan merekodkan masa dan mereka yang dapat habiskan dalam masa yang panatas bakal memenangi penginapan 2 hari 1 malam untuk dua (2) orang termasuk sarapan pagi di Aloft. Cabaran Super Spicy tersedia setiap hari dari 30 Jun – 28 Julai 2022 di WXYZ. Kalau nak sertai, kena bagitahu staff WXYZ ya.
Oodles of Noodles - WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral |
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di WXYZ, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +(60) 3 2723 1515 atau email kulal.b&f@alofthotels.com. Jangan lupa layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.
0 Comments