Najia's Pakistani Tawa & Grill, Solaris Mont Kiara - Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan |
Najia's Pakistani Tawa & Grill - Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Terasa teringin makan makanan dari Pakistan? Baru-baru ini MOMI berkesempatan untuk merasai sendiri hidangan asli dari Pakistan dekat Najia's Pakistani Tawa & Grill. Ini merupakan kali pertama MOMI akan cuba makan hidangan asli dari Pakistan. Apa hidangan menarik yang boleh anda cuba di Najia's Pakistani Tawa & Grill? Mari MOMI kongsikan.
Najia's Pakistani Tawa & Grill, Solaris Mont Kiara - Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan |
Restoran Najia's Pakistani Tawa & Grill ini sudah beroperasi lebih 5 tahun dan ia terletak di Solaris Mont Kiara. Konsep restoran ini memang cantik dan penuh warna warni, memang sesuai dengan citarasa Pakistan. Sambil makan, sambil dengar lagu-lagu dari Pakistan. Restoran ini memang selesa dan sangat sesuai untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan. Semasa MOMI datang ke restoran ini, MOMI berkesempatan untuk berjumpa dengan pemilik restoran ini iaitu Puan Najia, yang juga merupakan warga Pakistan.
Najia's Pakistani Tawa & Grill, Solaris Mont Kiara - Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan |
Menu Najia's Pakistani Tawa & Grill
Atas rasa cintanya terhadap Pakistan, Puan Najia ingin membawakan kepada rakyat Malaysia masakan asli dari Pakistan. Dekat Najia's Pakistani Tawa & Grill lengkap menghidangkan makanan dan minuman yang pastinya anda akan rasa jatuh cinta dengan makanan Pakistan. Apa menu yang disediakan oleh Najia's Pakistani Tawa & Grill ini? Berikut adalah makanan yang MOMI sempat rasa :
Mutton Kadhai
Chicken Tikka With Puri
Chicken Tikka |
Puri |
Balochi Keema Biryani
Charpaal Daal
Cheese Naan
Garlic Butter Naan
Chapli Kabab Burger
Cheese Fries
Cheese Fries |
Mint Lemonade, Mango Milkshake & Mango Lasse
Review Makanan Pilihan MOMI di Najia's Pakistani Tawa & Grill
Antara menu-menu yang MOMI cuba, Balochi Keema Biryani, Mutton Kadhai dan Chapli Kabab Burger memang menjadi kegemaran MOMI. Disebabkan pesan banyak makanan, ketiga-tiga menu ini yang MOMI makan paling banyak berbanding menu lain. Untuk hidangan WAJIB dicuba, Balochi Keema Biryani memang rasa nasi bersama daging cincang sangat sedap. Rasa rempah yang menyelerakan dan rasanya tidak terlalu pedas.
Seterusnya, hidangan yang WAJIB anda cuba ialah Mutton Kadhai. Rasa kambing yang lembut bersama rempah yang menyelerakan. Makan pula bersama Garlic Butter Naan, menambah lagi selera nak makan. MOMI berkesempatan untuk melihat sendiri bagaimana Mutton Kadhai dimasak. Memang terbaik!
Menu yang terakhir anda WAJIB cuba ialah Chapli Kabab Burger. Ini adalah menu yang paling MOMI nantikan. Dalam banyak menu asli Pakistan, MOMI teringin nak cuba sendiri Chapli Kabab Burger ini. Rasa daging ayam yang lembut dan 'juicy', sememangnya pilihan yang tepat untuk di makan. 'Portion'-nya juga besar tau. Puas hati makan burger besar ni hehe.
Najia's Pakistani Tawa & Grill, Solaris Mont Kiara - Menghidangkan Makanan Asli Dari Pakistan |
Keseluruhannya, memang sangat berpuas hati dengan hidangan-hidangan yang MOMI sempat rasa di Najia's Pakistani Tawa & Grill, Solaris Mont Kiara ini. Sebenarnya banayak lagi menu yang boleh anda cuba di sini. Jangan lupa untuk datang sendiri rasai hidangan terbaik dari Pakistan. Untuk maklumat lanjut mengenai Najia's Pakistani Tawa & Grill, Solaris Mont Kiara ini sila layari laman media sosial di Facebook dan Instagram. Selamat mencuba!
Alamat Najia's Pakistani Tawa & Grill
6, Jalan Solaris 5,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
0 Comments