Just Seafood Memperkenalkan Menu Baharu, Famous Thai Style Rice Porridge |
Just Seafood Memperkenalkan Menu Baharu, Famous Thai Style Rice Porridge | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sebelum ini MOMI pernah makan dekat Just Seafood pada bulan Ramadan lalu. Kali ini MOMI sekali lagi ke Just Seafood untuk rasa menu baharu iaitu "Famous Thai Style Rice Porridge". Apa yang menarik mengenai hidangan terbaharu dari Just Seafood ini? Mari MOMI kongsikan.
Just Seafood Memperkenalkan Menu Baharu, Famous Thai Style Rice Porridge |
4 Pilihan Menu Famous Thai Style Rice Porridge
Biasa kalau orang datang sini nak makan 'seafood' atas meja kan? Kali ini, berbeza sikit dari kebiasaan dengan cuba menu baharu, Famous Thai Style Rice Porridge. Untuk menu ini, anda boleh pilih antara empat pilihan yang disediakan iaitu "Giant Garoupa Ribs/Head/Fillet 300g", "Giant Garoupa Fillet 200g", "Large Wild Caught Sea Prawn & Large Oyster" dan "Giant Freshwater Prawn 250g". Selain dari nasi, anda juga boleh tukar nasi dalam bentuk bihun (rice vermicelli). Harga bermula dari Rm24.00 (Untuk dine-in caj 10% untuk servis).
Untuk pengetahuan anda, Giant Garoupa yang dihidangkan adalah berkualiti, diperakui dan diiktiraf oleh MyGap. Ia dibesarkan di perairan Sabah, dan hanya diberi makan ikan semula jadi seperti sardin sahaja. Ikan gergasi ini hanya dihidangkan selepas 3 tahun apabila mereka telah mencapai saiz yang paling ideal 7kg atau lebih setiap satu. Rasa unik kulit tebal Giant Groupa yang kaya dengan gelatin dan kolagen. Pastinya anda kena cuba Giant Groupa ini. MOMI sendiri sudah rasa potongan Giant Garoupa dalam bubur nasi, ternyata memang tebal, rasa segar dan sedap tau!
Giant Garoupa Ribs/Head/Fillet 300g |
Giant Garoupa Fillet 200g |
Freshwater Prawn 250g |
Selain itu, MOMI juga sempat rasa Famous Thai Style Rice Porridge, versi Giant Freshwater Prawn 250g. Rasa Udang besar yang sangat segar, makan pula dengan bubur nasi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk anda layan menu-menu yang menarik ini di Just Seafood. Serius puas hati!
Just Seafood Memperkenalkan Menu Baharu, Famous Thai Style Rice Porridge |
Untuk 'Dine-in', bungkus dan penghantaran, boleh klik dekat sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Just Seafood, anda boleh ikut mereka di media sosial : Facebook dan Instagram.
Waktu Operasi Just Seafood, Sunway Giza
Dibuka setiap hari dari 12:00 tengah hari hingga 10:00 malam.
Alamat Just Seafood, Sunway Giza
No.2 Jalan PJU5/14 PJU5,
Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
0 Comments