Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang |
Rehat Sekejap Di Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Pernah tak lalu dekat sekitar Fahrenheit88 Bukit Bintang, nampak ada kafe dalam kaca? Haa.. Baru-baru ini, MOMI rasa nak tahu apa yang menarik dekat Kafe tu? Nama kafe tersebut ialah 'Duke Fine Durian'. Secara logiknya, mungkin mereka menghidangkan makanan dan minuman menggunakan Durian kan? Apa yang menarik di kafe Duke Fine Durian ini? Mari MOMI kongsikan.
Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang |
Untuk tidak mengecewakan anda, MOMI masuk ke Kafe ini hanya untuk berehat-rehat selepas makan tengah hari (sebab nak tahu ada apa dalam kafe ni haha). Malangnya waktu itu, bukan dalam 'mood' nak makan durian, jadi MOMI hanya pesan minuman sahaja dekat Duke Fine Durian. Menu dekat sini adalah pastri, kek dan pencuci mulut yang bertemakan Durian. Penggemar durian pasti akan teruja dengan kafe ini. Selain itu, Kafe ini sangat selesa dan memang cantik untuk ambil gambar OOTD.
Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang |
Menu Di Duke Fine Durian
MOMI sempat juga menjeling-jeling menu pastri, kek, pencuci mulut dan minuman yang ada dekat Duke Fine Durian ni. Ada Durian Series, Cake Series (Mini Cake dan Whole Cake), Bread Series dan Beverages (Minuman).
Pastri - Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang |
Kek - Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang |
Antara menu yang mungkin anda boleh cuba ialah MSK Chiffon Cake, Varhona Chocolate Cake, MSK Durian Mille Crepe, MSK Durian Mud Pie, Durian Mochi dan macam-macam lagi Harga makanan dan minuman disini bermula dari RM9.90 hingga RM188. Untuk rileks-rileks, sambil melihat orang lalu lalang. MOMI pesan minuman Matcha Yuzu dan kawan MOMI pesan Latte Ice.
Yuzu Matcha dan Latte Ice - Duke Fine Durian, Fahrenheit88 Bukit Bintang |
Jangan lupa singgah ke Duke Fine Durian di Fahrenheit88, Bukit Bintang (sebelah Uniqlo). Selamat mencuba guys!
Alamat Duke Fine Durian
Fahrenheit 88, G-43(01) & G-43 (02),
179, Jln Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
0 Comments