Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang |
Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini MOMI menyertai sebuah program anjuran oleh Alam Flora iaitu 'Cyber Eco Hunt 2022'. Cyber Eco Hunt 2022' ini diadakan pada 17 Jun 2022 (Jumaat) dari 7:00 pagi hingga 4:00 petang. Ia disertai seramai 24 orang pengamal media termasuk KOL/Influencer dan Blogger. Apa yang menarik untuk Cyber Eco Hunt kali ini? Mari MOMI kongsikan kisah sepanjang Cyber Eco Hunt 2022.
Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang |
Untuk Cyber Eco Hunt 2022 ini, peserta dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kategori KOL/Influencer dan kategori Blogger. Untuk keseluruhan, ada 7 tugasan yang harus kami lalui sepanjang Cyber Eco Hunt ini berlangsung. Peserta dinilai melalui kreativiti yang disampaikan melalui Instagram Stories. Pastinya kami teruja dengan tugasan-tugasan yang bakal dilalui. Sebelum mula, kami dijamu dengan sarapan pagi dari McDonald's Malaysia. Terima kasih McDonald's Malaysia!
Tugasan 1 : Pencarian Harta Karun
Lokasi : Pantai Teluk Cempedak
Permulaan tugasan adalah mencari barang-barang kitar semula yang tertanam di dalam pasir di sekitar pantai Teluk Cempedak. Kami diberikan pengorek yang dibuat daripada bekas susu terpakai untuk pencarian barang kitar semula ini. Kami teruja sebab jumpa barang kitar semula paling pantas. Rasa macam dalam race pulak.
Tugasan 2 : Tatacara Pengurusan Sisa Kebun
Lokasi : Pantai Teluk Cempedak
Untuk tugasan ini, kami didedahkan dengan tatacara pengurusan sisa kebun yang betul dari wakil Alam Flora. Seterusnya, kami harus mengajar orang ramai melalui media sosial mengenai pengurusan sisa kebun ini. Sebenarnya, MOMI baru tahu ada caranya untuk menguruskan sisa kebun ini, ternyata ia sangat mudah. Berikut adalah tatacara pengurusan sisa kebun :
1. Potong dalam saiz yang pendek dan potong bahagian yang tajam dahulu
2. Masukkan ke dalam beg plastik atau guni dan diikat rapi
3. Letakkan bersebelahan tong yang disediakan bersama sisa pukal dan kitar semula yang lain.
Tugasan 3 : Beach Comber
Lokasi : Pantai Teluk Cempedak
Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang |
Untuk pengetahuan anda, "Beach Comber" adalah sejenis jentera sokongan yang digunakan untuk aktiviti pembersihan pantai. lanya digunakan oleh Alam Flora di persisiran Pantai Teluk Cempedak. Pertama kali MOMI lihat Beach Comber depan-depan mata, bagaimana cara Beach Comber membersihkan sampah sampah di pasir pantai. Kami ditugaskan untuk menyebarkan keberkesanan jentera ini yang memainkan peranan penting dalam memastikan pantai Teluk Cempedak kekal bersih dan memberi manfaat kepada masyarakat ke arah kehidupan yang lestari. Serius cool Beach Comber ni.
Tugasan 4 : Penjualan Barangan Kitar Semula
Lokasi : BBC, Taman Gelora
Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang |
Ingat tak MOMI cerita tugasan pertama mengenai harta karun tu? Haa... untuk tugasan ini kami diminta untul ambil Harta karun yang digali di Pantai Teluk Cempedak, di asingkan mengikut kategori kertas, plastik dan lain-lain ke dalam kotak yang disediakan. Bawa barangan kitar semula ini kepada wakil Alam Flora untuk mereka timbang dan bayar mengikut harga jualan semasa yang telah ditetapkan. Memang seronok. Kalau dah kumpul semua barang yang boleh dikitat semula ini, dapat duit tau. Haa dah boleh mula kumpul barang kitar semula dah ni hehe.
Tugasan 5 : Program Komuniti bersama 1S1T
Lokasi : BBC, Taman Gelora
Dekat sini pula, peserta diminta membuat sentuhan terakhir dengan mengecat tayar-tayar terpakai yang telah diolah menjadi kuda dan angsa serta membantu Alam Flora menguar-uarkan usaha yang telah dibuat bagi mewujudkan komuniti dan persekitaran yang sejahtera. Teruja kami mewarna tayar-tayar terpakai ini mengikut kreativiti masing-masing. Tahukah anda? Program 1 Supervisor 1 Transformation Area (151T) adalah Inisiatif penyelia-penyelia Alam Flora untuk menambah baik kawasan perkhidmatan mereka, melangkaui bidang skop kerja hakiki mereka dan member manfaat kepada komuniti sekitar. Insiatif ini harus dipuji dan boleh digunakan ditempat lain juga. Kawasan jadi cantik, boleh ber-OOTD kan? hehe.
Tugasan 6 : Makan Pagi dengan Mangkuk Tingkat
Lokasi : BBC, Taman Gelora
Seterusnya, dah penat mengecat kita makanlah. Ingat makan saja-saja? Tidak. Demi kesejahteraan alam sekitar, kita semua harus membiasakan diri untuk tidak menggunakan 'single-use plastic'. Mangkuk tingkat ataupun 'tiffin' adalah pilihan yang lebih mesra alam kerana ianya boleh digunakan berulang kali. Boleh cari tiffin cantik-cantik dah ni. By the way, sedap juga nasi lemak ayam ni hehe. Terima kasih Alam Flora.
Tugasan 7 : Jom Rawat Bumi
Lokasi : BBC Bandar Kuantan
'Buy Back Centre', Bandar Kuantan, salah satu lokasi fasiliti belian barangan kitar semula oleh Alam Flora. Di sini kami diminta untuk menanam pokok herba tempatan yang akan memberi manfaat kepada komuniti sekitar dan mengurangkan pemanasan global. Pertama kali ya pegang cangkul, memang teruja habis mencangkul dan tanam pokok. Nanti boleh buat sendiri dekat rumah hehe.
--------------------------
Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang |
Selesai semua tugasan, kami terus ke Beanz & Co untuk majlis penutup Cyber Eco Hunt 2022. Tahniah kepada semua pemenang Cyber Eco Hunt 2022 Kuantan Pahang. Alhamdulillah, ini kali kedua MOMI sertai majlis dari Alam Flora ini dan memang seronok sertai semua aktiviti yang disediakan. Terima kasih kepada Alam Flora diatas penganjuran program Cyber Eco Hunt 2022. Melalui program ini, banyak sebenarnya pengajaran yang MOMI dapat untuk membantu merawat bumi. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
0 Comments