Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera guys! Mencari hotel yang selesa dan pemandangan sekitar Kuala Lumpur yang cantik? Apa kata anda cuba menginap di Capri by Fraser Bukit Bintang. Baru-baru ini, MOMI bersama kawan menginap 2 hari 1 malam di Capri by Fraser Bukit Bintang untuk menikmati suasana malam di sekitar Bukit Bintang. Dengarnya suasana waktu malam lebih meriah dari waktu siang. Mari MOMI kongsikan.

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
The Den Reception - Lobi Hotel Capri by Fraser Bukit Bintang

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
The Den Reception - Lobi Hotel Capri by Fraser Bukit Bintang

Hotel Capri by Fraser Bukit Bintang ini terletak 5-6 minit perjalanan dari Pavilion Kuala Lumpur. Jika anda ingin berjalan kaki dari MRT Bukit Bintang atau Monorel Bukit Bintang, ia mengambil masa dalam 10 minit untuk ke hotel. Uniknya di sini, Lobi hotel berada di tingkat 40 dan kebanyakkan kemudahan bermula dari tingkat 40 dan ke atas. Staycation 2 hari 1 malam di Capri by Fraser Bukit Bintang ini termasuk sarapan pagi dan sesi mocktail, macam 'welcoming drink' gitu hehe. Kami tempah melalui aplikasi Traveloka.

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
POW WOW Tingkat 43

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Yummy - POW WOW Tingkat 43

Bilik Studio Premier Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Bilik yang MOMI duduk adalah di tingkat 38, iaitu bilik Studio Premier. Pertama kali masuk bilik rasa teruja melihat keluasan bilik dan bilik air. Bilik ini lengkap dengan segala keperluan asas termasuk katil, televisyen, meja, dapur (peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro) dan bilik air (pengering rambut, shower, tuala dan alatan mandi). Kalau tengok pemandangan dari bilik ini memang sangat memuaskan, lagi-lagi waktu malam melihat kecantikan bandar Kuala Lumpur. Yang paling penting, ada kemudahan WIFI. Bilik ini boleh MOMI katakan sangat selesa dan sangat berpuas hati untuk staycation

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Suasana Bilik Studio Premier Di Capri by Fraser Bukit Bintang

Bilir Air Studio Premier Di Capri by Fraser Bukit Bintang

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Suasana Bilik Studio Premier Di Capri by Fraser Bukit Bintang

Kemudahan Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Di tingkat 39, Capri by Fraser Bukit Bintang menyediakan kemudahan surau dan The Pod 123. Seterusnya di tingkat 40, ada lobi atau The Den Reception yang menghubungkan tangga ke tingkat 40M, dimana terletaknya restoran The Den. Kalau sarapan pagi makan dekat sini ya hehe. Seterusnya di tingkat 41 pula adalah tempat beriadah seperti 'Spin & Play', 'Swimming Pool' dan Sauna. Gimnasium pula terletak di tingkat 42 Akhir sekali, POW WOW ditingkat 43. Dekat sini kami menikmati sesi Mocktail. Serius memang terbaik!

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Sarapan Pagi Di The Den

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Nasi Lemak is a must! - Sarapan Pagi Di The Den

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Pemandangan Dari Swimming Pool Capri by Fraser Bukit Bintang

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
Pemandangan Dari Swimming Pool Capri by Fraser Bukit Bintang

Staycation Di Capri by Fraser Bukit Bintang
The Den Reception

Keseluruhannya, MOMI sangat berpuas hati menginap di Capri by Fraser Bukit Bintang selama 2 hari 1 malam. Rasa seronok macam tak puas rasanya. Kena pergi lagi ke ni? hahaha. Untuk tempahan atau gambaran penuh mengenai hotel ini, anda boleh cari Capri by Fraser Bukit Bintang dimana-mana aplikasi carian Hotel. Selamat bercuti guys! 

Post a Comment

0 Comments