Kisah Raya Saya

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Kisah Raya Saya |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Selamat Hari Raya Aidifiltri kepada semua pembaca blog MOMI. Macam mana raya anda tahun ini? MOMI pasti semua orang terkejut apabila hari raya pertama diumumkan pada Ahad lalu jatuh pada hari Isnin. Mesti ramai yang belum bersedia untuk sediakan juadah hari raya, beli baju raya dan sebagainya. Alhamdulillah kita masih lagi dapat merasa hari raya pada tahun ini. Lagi-lagi tahun ini ramai yang pasti pulang ke kampung halaman, meraikan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Untuk entri kali ini, MOMI nak kongsikan kisah hari raya MOMI pada tahun ini. Mari MOMI kongsikan.

Malam Raya (1 Mei 2022)
Kehangatan hari raya kian terasa. Tepat pukul 2:00 petang MOMI bersama adik dari Kuala Lumpur menaiki KTMB dari stesen Mid Valley ke stesen Batang Benar. Biasalah KTMB mana pernah laju, lagi-lagi kebanyakkan stesen dan landasan sedang diubah suai. Perjalan ambil masa dalam 40-45 minit. Sampai dekat Stesen Batang Benar, Abadik dah tunggu dekat sana. Kami sempat singgah ke 99 Speedmart sekejap beli barang. 


Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Sampai dekat kampung nak dekat waktu berbuka dah. Berbuka puasa terus dekat rumah Mak Teh (sebelah rumah je haha). Masa berbuka puasa sempat berborak dengan emak yang dah sampai awal sehari. Waktu pengumuman raya sudah tiba, masa buka tv guna smartphone semua sibuk berborak sampai lupa nak dengar. MOMI dengan pantasnya cari dekat Twitter, puasa jatuh pada esok hari. 


Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Semua orang macam tak percaya, ingatkan kena 'scam' sekali memang betul. Raya jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Memang kecoh masa tu. Dengan dentuman bunga api sudah mula dipasang. Sah! Memang raya esok. Sebelum nak kemas rumah kampung, sempat main bunga api bersama anak sedara. Tetiba 'feel' raya datang hehe. Lepas main bunga api, apa lagi terus kemas sapu, mop lantai dan pasang langsir. Selesai semua, main game sekejap lepastu tidur. 

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Hari Raya Pertama (2 Mei 2022)

Selamat Hari Raya! Sebab penat sangat, terlajak tidur sampai terlepas sembahyang hari raya HAHA! Walaupun begitu, tetap mandi dan bersiap seperti biasa. Lepas bersiap terus makan hidangan hari raya; nasi impit, kuah kacang dan rendang. Serius lamanya dah tak makan nasi impit kuah kacang dengan rendang yang emak buat. Sedapp! Seterusnya, kami bersiap nak beraya pula.

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Sebelum bergerak beraya, kami sempat bergambar bersama keluarga. Mula-mula gambar keluarga Mak Teh. Meriah berwarna merah satu keluarga. Riuh betul suasana masa ni. Lepas tu giliran kami pula. Walaupun Raya berlima, tetap ambil gambar ya. Tema kami tahun ini warna 'Mustard', walaupun MOMI punya warna baju melayu keeamasan haha!

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Kalau berkunjung hari raya, mesti akan berkujung ke rumah Tok Alang. Serius memang feel raya habis, pergi beraya makan kuih raya sambil borak-borak. Seronok sangat. Seterusnya , wajib beraya dekat rumah seterus dekat Kampong Lanjut, Negeri Sembilan (rumah nek Uwait). Kalau dekat sini, wajib makan masakan cik Ita memang sedap. Ada macam-macam makanan. Memang kenyang makan hehe. Seterusnya ke rumah Pak Lang dekat area Nilai. Dekat sini pon makan nasi pula, memang layan masakan Mak Lang ni hehe. Dah kenyang semua, apa lagi. Balik lerr haha. 

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Malam tu makan lagi untuk makan malam. Sempatlah kami sambut Hari Lahir Zara (anak abang Azreen) yang kelima dekat Rumah Mak Teh. Lepas tu sempat ya beraya kerumah keempat, dekat je dekat rumah kampung kami. Jalan kaki pon boleh hehe. Dekat rumah AlongIda, kami makan lagi. Rasanya raya pertama ni memang sumbat semua makanan sebab dah lama tak rasa beraya macamni. Seronok sangat. Hari raya pertama pon berlalu.


Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Hari Raya Kedua (3 Mei 2022)

Bila hari raya, memang biasanya terlajak tidur haha. Cuaca memang sangat panas ya, sampai tak boleh buat apa-apa. Berpeluh memanjang. Kalau ikut plan hari raya kedua nak pergi beraya lagi tapi tiba-tiba beberapa kawasan di Selangor tiada air. Dan sedihnya, kampung kami turut terlibat. Jadi hari raya kedua berlalu dengan tidur bangun tidur haha. Tak kemana ya. Pukul 10 malam baru ada air. 

Hari Raya Ketiga (4 Mei 2022)
Hari raya ketiga juga tak kemana. Hanya mengisi masa dengan main game, berborak dan makan. Sebab cuaca sangat panas, tak mampu nak kesana kesini. Asyik makan aiskrim je la. Petang sikit, Abang Iju dan keluarga tiba dari Jengka Pahang (Kampung kakak ipar). Lepas rindu dekat anak-anak buah. 

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Hari Raya Keempat (5 Mei 2022)

Hari ini hari terakhir beraya di kampung. Hari raya keempat masih sama seperti raya kedua dan ketiga. Tak beraya kemana-mana. Hari ini MOMI dan keluarga melawat kubur ayah yang tak jauh dari rumah kampung (tapi kena naik kereta jugaklah haha). Kami sempat kemas kubur arwah Ayah, arwah Atuk, arwah Nenek dan moyang-moyang kami.

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


Lepas pulang dari kubur, kami bersiap pula untuk ambil gambar bersama keluarga. Tahun ini raya pertama tak lengkap, jadi kami lengkapkan gambar raya kami pada hari raya keempat. Memang serius meriah dan kecoh. Bukan senang nak kumpul satu keluarga, ambil gambar bersama. Memang semua sporting habis. Terima kasih Fyra tolong ambil gambar kami sekeluarga. Malam tu, kami (MOMI, adik dan Kak Long) balik ke rumah sebab esoknya MOMI kerja. Terima kasih Abang Iju hantar sampai rumah hehe.

Kisah Raya Saya
Kisah Raya Saya


-----

Haa begitulah kisah hari raya MOMI. Serius! Memang rindu sangat suasana hari raya dekat kampung bersama keluarga dan saudara mara. Paling penting, dapat berkunjung dan beraya dekat rumah saudara mara. Bagaimana pula kisah raya anda? Jom la kongsikan bersama MOMI. Selamat Hari Raya semua. 


Post a Comment

1 Comments

Mawardi Yunus said…
SERONOKNYA BERAYA DI KAMPUNG