2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi |
2 Minggu Tak Update, Mana MOMI Pergi? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Rindunya nak ber-blogging, rasanya sudah 2 minggu MOMI tak update apa-apa dekat blog kan? Kali terakhir MOMI kemaskini blog pada 15 Mei lalu. Apa yang sedang berlaku pada MOMI? Sebenarnya MOMI sangat sibuk dengan pelbagai persiapan untuk hari raya ditempat kerja, selain buat kerja hakiki. Entri ini MOMI nak himpunkan kisah sepanjang 2 minggu ini, jom baca kisah selanjutnya.
Majlis Hari Raya RTM
Memandangkan kita masih lagi dibulan Syawal, maka jamuan hari raya berada dimana-mana. Begitu juga dengan tempat kerja MOMI, mengadakan jamuan hari raya pada hari Khamis, 19 Mei 2022. Jadi, setiap bahagian perlu menghantar wakil untuk persembahan pada hari tersebut. Wakil dari bahagian kami, diwakili oleh 8 orang dari setiap unit didalamnya. Kami menamakan kumpulan kami, "Hegeh Raya" dan tajuk persembahan kami bertajuk "Hegeh-Hegeh Nak Balik Raya", bertepatan dengan tema raya di kampung.
Macam mana? Best tak persembahan kami? Paling penting, persembahan kami mendapat Persembahan Terbaik tau! Yeayyy! Serius tak sangka. Rasanya Bahagian kami pertama kali menang. Serius sangat terkejut. We never expect this happen. Alhamdulillah. Terima kasih kepada para juri dan para penonton yang menyokong kami.
Rumah Terbuka Hari Raya MDI
Minggu berikutnya, Rumah Terbuka Hari Raya di bahagian MDI pula. Kami sekali lagi diminta untuk membuat persembahan. Masih lagi dalam mood Hegeh Raya, kami buat persembahan Hegeh Raya 2.0 dengan mengubah suai sedikit lagu dari sebelum ini untuk nampak kelainan. 5 buah lagu yang kami himpunkan dalam medley ini ialah "Raya Terbaik" dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah, Hanna Delisha dan Sophia Liana, "Gadys Raya" (The Gadys), "Suara Lebaran Kita" (Hael Husaini & DOLLA), "Pejam Celik Hari Raya (Remix)" (Iman Troye), dan "Raya Raya Raya" (DOLLA). Yang ni tak jumpa kat mana rakamannya, jadi jangan tanya kat mana nak tengok ya haha.
Part of work life at MDI |
Beraya bersama Blogger di rumah Kak Bebelan Cik Min |
1 Comments