2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi

2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi
2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi

 

2 Minggu Tak Update, Mana MOMI Pergi? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Rindunya nak ber-blogging, rasanya sudah 2 minggu MOMI tak update apa-apa dekat blog kan? Kali terakhir MOMI kemaskini blog pada 15 Mei lalu. Apa yang sedang berlaku pada MOMI? Sebenarnya MOMI sangat sibuk dengan pelbagai persiapan untuk hari raya ditempat kerja, selain buat kerja hakiki. Entri ini MOMI nak himpunkan kisah sepanjang 2 minggu ini, jom baca kisah selanjutnya.

Majlis Hari Raya RTM
Memandangkan kita masih lagi dibulan Syawal, maka jamuan hari raya berada dimana-mana. Begitu juga dengan tempat kerja MOMI, mengadakan jamuan hari raya pada hari Khamis, 19 Mei 2022. Jadi, setiap bahagian perlu menghantar wakil untuk persembahan pada hari tersebut. Wakil dari bahagian kami, diwakili oleh 8 orang dari setiap unit didalamnya. Kami menamakan kumpulan kami, "Hegeh Raya" dan tajuk persembahan kami bertajuk "Hegeh-Hegeh Nak Balik Raya", bertepatan dengan tema raya di kampung.

2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi
Semasa Persembahan Hegeh Raya


Persembahan kami adalah persembahan medley yang menggabungkan lagu-lagu raya moden dari 2021 hingga 2022 dengan tarian ala-ala TikTok dan tarian yang direka oleh Sumee. 5 buah lagu yang kami himpunkan dalam medley ialah "Gatal Raya" dinyanyikan oleh Janna Nick, "Suara Lebaran Kita" (Hael Husaini & DOLLA), "Pejam Celik Hari Raya" (Iman Troye), "Cinta Sampai Mati (Versi Remix TikTok)" (Raffa Affar) dan "Raya Raya Raya" (DOLLA). Jom tengok video persembahan Hegeh Raya - Hegeh-Hegeh Nak Balik Raya : 


Macam mana? Best tak persembahan kami? Paling penting, persembahan kami mendapat Persembahan Terbaik tau! Yeayyy! Serius tak sangka. Rasanya Bahagian kami pertama kali menang. Serius sangat terkejut. We never expect this happen. Alhamdulillah. Terima kasih kepada para juri dan para penonton yang menyokong kami.

Rumah Terbuka Hari Raya MDI
Minggu berikutnya, Rumah Terbuka Hari Raya di bahagian MDI pula. Kami sekali lagi diminta untuk membuat persembahan. Masih lagi dalam mood Hegeh Raya, kami buat persembahan Hegeh Raya 2.0 dengan mengubah suai sedikit lagu dari sebelum ini untuk nampak kelainan. 5 buah lagu yang kami himpunkan dalam medley ini ialah "Raya Terbaik" dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah, Hanna Delisha dan Sophia Liana, "Gadys Raya" (The Gadys), "Suara Lebaran Kita" (Hael Husaini & DOLLA), "Pejam Celik Hari Raya (Remix)" (Iman Troye), dan "Raya Raya Raya" (DOLLA). Yang ni tak jumpa kat mana rakamannya, jadi jangan tanya kat mana nak tengok ya haha.

2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi
Part of work life at MDI

2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi
Masa Rehearsal Persembahan Hari Raya MDI 2022

Meluangkan Masa Bersama Rakan Blogger
Sebelum raya, memang selalu jumpa rakan-rakan Blogger. Lagi-lagi MOMI selalu lepak dekat rumah MOKA (Penaberkala) bersama Dikbee dan Sally. Lepas raya, sempat juga selesaikan beberapa job dekat rumah MOKA. Kebetulan, Blogger Mawardi Yunus datang Kuala Lumpur, memang wajib berjalan-jalan ya. Kami berjalan-jalan tengok wayang, shoot video dan gambar untuk job dan beraya di rumah kak Bebelan Cik Min dekat Klang. Dapat jumpa semua! Rindu semuuuaa!

2 Minggu Tak Update Blog, Mana MOMI Pergi
Beraya bersama Blogger di rumah Kak Bebelan Cik Min

Diserang Demam, Batuk dan Selsema
Mungkin kerana cuaca sekarang tidak menentu dan terlalu sibuk sehingga lupa nak berehat. MOMI diserang demam, batuk dan selsema dalam satu masa yang sama. Alhamdulillah MOMI semakin pulih semasa kemaskini entri ini, tinggal selsema sedikit dan batuk. Risau jugak takut sebab lain kan? Alhamdulillah. Mungkin badan nak berehat kot? hehe.

Haa begitulah kisahnya. Tak sempat nak buat apa-apa dekat blog, hanya masuk tengok view setiap hari je haha. Apa yang MOMI cerita diatas adalah kisah-kisah penting sepanjang dua minggu ini. Selepas ini, MOMI akan kembali mengemaskini blog dan sekarang sedang sibuk 'prepare' untuk ulang tahun ke-10 blog MOMI tidak lama lagi. Nanti MOMI kemaskini blog ya. Jaga diri ya guys! Terima kasih baca sampai habis. Sayang semuaa. Muah! :)


Post a Comment

1 Comments

Aerill Hassan said…
samalah lepas raya memang lama tak update blog sebb banyak benda nak uruskan, majlis raya & sebagainya. :) selamat hari raya momi :)