Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Peminat 'seafood' (makanan laut), anda berada di tempat yang tepat! Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan Damansara, apa kata anda singgah makan seafood dekat Just Seafood. Sempena Ramadan ini, Just Seafood menghidangkan makanan istimewa iaitu 'Nasi Lemak Seafood Spread'

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Promosi Nasi Lemak Seafood Spread ini adalah untuk semua pelanggan yang bakal menikmati berbuka puasa dengan makanan laut segar bersama sambal nasi lemak. Rasa Nasi Lemak Seafood Spread ini memang ada 'feel' macam makan nasi lemak tau. Untuk pengetahuan anda, Just Seafood telah memenangi Anugerah 'Best Seafood Spread' di Klang Valley 2022 sempena Asean Food & Travel #AFTAwards2022

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Nasi Lemak Seafood Spread
Untuk 4 orang makan, Nasi Lemak Seafood Spread ini mengandungi 'Cuttlefish' (Sotong Katak), 'Baby Octopus', 'Udang Besar', 'Kerang', 'Kupang', 'Ikan Bilis' (2 jenis), jagung/lobak merah/kentang/kacang goreng, 4 set Nasi Lemak, 4 set minuman (Butterfly Pea Tea), 4 set Special Coconut Ice Cream dan kurma. Hidangan ini berharga RM250. Selain itu, anda boleh tambah ketam saiz L RM30 (Harga asal RM40)* dan Baby Lobster/Crayfish RM50 (Harga asal RM60). Untuk sos, anda juga boleh tukar kepada empat perisa lain seperti 'The Original Cajun', 'Signature Curry', 'Golden Salted Egg' dan 'Butter Cream Milk'. Kalau anda beli untuk 4 pax, akan dapat percuma 1 pax tau (hanya untuk dine-in sahaja). 

* Ketam yang MOMI makan ni bersaiz SuperXL size 800g dan keatas. Harga bermula RM140.

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Nelayan Platter
Menu sampingan yang wajib anda cuba. Nelayan Platter adalah hidangan istimewa di restoran Just Seafood. Ia menghidangkan pelbagai makanan laut termasuk udang, sotong, kerang, kepah dan ketam bersama sos istimewa dari resipi asli dari nelayan-nelayan di Bali Indonesia. Memang sedap! Harga Nelayan Platter ini ialah RM125 (dengan ketam) dan RM85 (tanpa ketam).

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Live Us Oyster
Jika anda penggemar tiram, Just Seafood turut menyediakan 'Live Us Oyster'. Dengan harga RM20 (seketul), anda boleh menikmati tiram yang segar dan besar. Memang berbaloi ya.

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Coconut Ice Cream 
Tidak lengkap, kalau makan tanpa pencuci mulut. Dekat sini, anda boleh cuba 'Coconut Ice Cream' (Aiskrim Kelapa) untuk mengakhiri waktu makan anda. Rasa aiskrim kelapa yang sejuk, berlemak dan sangat sedap. Must try! 

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Keseluruhan menu 
Nasi Lemak Seafood Spread ini memang puas hati dan sangat berbaloi. Lagi-lagi kalau datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Oh ya, waktu berbuka puasa memang selalu penuh, kalau boleh sila tempah awal tau hehe. Untuk 'Dine-in', bungkus dan penghantaran, boleh klik dekat sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Just Seafood, anda boleh ikut mereka di media sosial : Facebook dan Instagram

Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread
Just Seafood, Sunway Giza - Cuba Makan Nasi Lemak Seafood Spread

Waktu Operasi Just Seafood, Sunway Giza
Dibuka setiap hari dari 12:00 tengah hari hingga 10:00 malam.

Alamat Just Seafood, Sunway Giza
No.2 Jalan PJU5/14 PJU5,
Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Post a Comment

2 Comments