![]() |
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE (sumber : Twiiter IVE) |
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kumpulan K-pop wanita yang hangat masakini, IVE telah melancarkan album single kedua mereka, "LOVE DIVE" pada 5 April 2022. Kumpulan yang bernaung dibawah Starship Entertainment ini telah membuat 'comeback' buat kali pertama setelah melancarkan single debut "ELEVEN" pada penghujung tahun lalu.
![]() |
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE (sumber : Twiiter IVE) |
![]() |
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE (sumber : Twiiter IVE) |
Muzik video "LOVE DIVE" ditayangkan pada hari yang sama pada pukul 6:00 petang (waktu Korea) di saluran YouTube IVE. Sehingga 9:00 pagi, LOVE DIVE telah mendapat tontonan lebih 11 juta.
Trivia Mengenai IVE
- IVE dianggotai oleh 6 orang iaitu Yujin, Wonyoung, Rei, Gaeul, Liz & Leeseo.
- Nama kumpulan ini bermaksud "I HAVE". Tujuan utama nama kumpulan ini adalah untuk menampilkan keyakinan yang "saya ada" (I HAVE).
- 2 anggota IVE; Yujin dan Wonyoung menyertai Produce 48 pada tahun 2018, di mana mereka masing-masing mendapat tempat ke-5 dan tempat pertama. Sebagai dua daripada dua belas peserta yang berjaya, mereka kemudiannya menjadi sebahagian daripada kumpulan "IZ*ONE". IZ*ONE telah menamatkan kontrak mereka pada 29 April 2021.
- Muzik video "ELEVEN" telah ditonton sebanyak lebih 100 juta tontonan di YouTube.
- IVE memperoleh kemenangan pertunjukan muzik pertama mereka di MBC Show Champion, menjadikan mereka kumpulan gadis terpantas memenangi tempat pertama sejak debut. Lagu itu terus memenangi rancangan muzik sebanyak 13 kali.
0 Comments