Aiskrim 32cm Di 32Parfait Malaysia, Bukit Bintang |
Aiskrim 32cm Di 32Parfait Malaysia, Bukit Bintang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kon ais krim berputar setinggi 32cm kini berada di Malaysia. 32Parfait membuka cawangan pertamanya dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Aiskrim popular dari Korea ini boleh didapati di Lot 10. Apa yang menariknya 32Parfait Malaysia ini? Mari MOMI kongsikan.
Aiskrim 32cm Di 32Parfait Malaysia, Bukit Bintang |
Aiskrim 32cm Di 32Parfait Malaysia, Bukit Bintang |
Ada 10 perisa aiskrim panjang Korea yang boleh anda cuba dekat 32Parfait Malaysia seperti 'Vanilla', 'Chocolate', 'Vanilla Choc', 'Strawberry', 'Mango', 'Straw Mango', 'Yogurt', 'Blueberry', 'YogurtBlue' dan 'Green Tea'. Kesemua aiskrim ini berharga RM15. Untuk perisa Yogurt pula berharga RM16. MOMI sempat cuba aiskrim 32Parfait Malaysia yang berperisa 'Straw Mango'. Rasa strawberi dan mangga yang sedap, makan pulak masa panas. Memang sedap! Lagipon, warnanya cantik tau. Sesuai untuk OOTD dengan aiskrim tu hehe.
Harga Aiskrim 32Parfait Malaysia
Aiskrim 32cm Di 32Parfait Malaysia, Bukit Bintang |
Harga Aiskrim 32Parfait Malaysia
- RM15
- RM16 (Yogurt)
Aiskrim 32cm Di 32Parfait Malaysia, Bukit Bintang |
Alamat 32Parfait Malaysia
G12-1, ground floor,
Lot 10, Jln Bukit Bintang,
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, ikuti 32Parfait Malaysia di Instagram. Selamat cuba!
0 Comments