Senarai Bufet Ramadan 2022

Senarai Bufet Ramadan 2022
Senarai Bufet Ramadan 2022 


Senarai Bufet Ramadan 2022 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Ramadan akan menjelang tidak lama lagi. Jadi mesti anda sedamh cari tempat makan yang menarik untuk berbuka bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Kebanyakkan restoran dan hotel menawarkan Bufet Ramadan dan set menu berbuka puasa pada harga yang berpatutan. Jadi Momi nak senaraikan beberapa tempat yang Momi sudah pergi sempena bufet ramadan preview dan promosi bufet ramadan. Berikut adalah senarai buffet Ramadhan 2022 di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya (Kecuali dinyatakan) :

Senarai Bufet Ramadan Di Hotel 2022

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Konsep : Pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Mari Mari Makan" dari negeri Johor ke negeri Kelantan. Anda bakal menikmati pelbagai hidangan Mari-Mari Makan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Tarikh : 7 April - 1 Mei
Harga :
  • Dewasa (Seorang) - RM168

The Eatery Restaurant, Four Points by Sheraton Puchong
Konsep : Pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Mari Mari Makan" dari negeri Johor ke negeri Kelantan. Anda bakal menikmati pelbagai hidangan Mari-Mari Makan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Tarikh : 7 April - 1 Mei
Harga :
  • Dewasa (Seorang) - RM158 / Nett
  • Kanak-Kanak (Seorang) - RM79 / Nett

10Binjai Restaurant, Perdana Kuala Lumpur City Centre
Konsep : Menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang berkonsepkan "Dari Dapur Binjai". Bufet ini menghidangkan lebih daripada 150 aneka juadah.yang mengimbau memori lama dan membangkitkan nostalgia masakan ibunda dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Pelanggan bakal diberikan peluang untuk melihat sendiri Chef profesional 10Binjai Restaurant beraksi secara 'live' di beberapa stall memasak. 
Tarikh : 4 April - 29 April
Harga : 
  • Dewasa (Seorang) - RM118 / Nett

Geo Resort & Hotel, Genting Highlands
Konsep : Menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Citarasa Selera Geo". Semarakkan semangat Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan anda dengan mengenang juadah asli Kampung Malaysia. Lebih dari 80 pilihan makanan di atas meja bufet, di mana anda boleh menemui kegemaran tempatan yang diilhamkan oleh resipi unik chef di Cabana.
Tarikh : 4 April - 2 Mei
Harga : 
  • Dewasa (Seorang) - RM138 / Nett
  • Kanak-Kanak (Seorang - Bawah 12 Tahun) - RM69 / Nett
  • Warga Emas (Seorang - 65 Tahun Ke Atas) - RM79 / Nett
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Konsep : Menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Citarasa Zaman Berzaman".
Tarikh : 4 April - 1 Mei
Harga : 
  • Dewasa (Seorang) - RM150 / Nett

Senarai Lokasi Buka Puasa Di Restoran

Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village
Konsep : Menyajikan pelbagai pilihan hidangan untuk berbuka yang bertemakan "Tradisi Warisan". Anda bakal menikmati pelbagai hidangan Tradisi Warisan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. 
Tarikh : 3 April - 2 Mei
Review & Info : Bufet Ramadan 2022 - Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Village
Harga :
  • Dewasa (Seorang) - RM35.90
  • Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM17.90
  • Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM17.90

Restoran Rebung Kuala Lumpur
Konsep : Menyajikan lebih 100 jenis pilihan makanan yang bertemakan hidangan dari Pantai Timur.  
Tarikh : 7 April - 1 Mei
Review & Info : Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur
Harga :
  • Dewasa (Seorang) - RM88 / Nett
  • Kanak-Kanak (Seorang - 5 Hingga 11 Tahun) - RM58.00 / Nett

Me'nate Steak Hub Shah Alam
Konsep : Mubarak Iftar Platter  
Tarikh : 4 April - 1 Mei
Review & Info : Bufet Ramadan 2022 - Me'nate Steak Hub Shah Alam
Harga :
  • Mengikut set .

Chopsticks by Muhammad Onn
Konsep : Mubarak Iftar Platter  
Tarikh : 4 April - 1 Mei
Review & Info : Bufet Ramadan 2022 - Me'nate Steak Hub Shah Alam
Harga :
  • Mengikut set .

Senarai Lokasi Buka Puasa Di Event Space

The Venue, Shah Alam
Konsep : Menyajikan makanan berkonsepkan "Riang Ria Ramadan", dengan membawakan menu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai bangsa.
Tarikh : 3 April - 1 Mei
Review & Info : Bufet Ramadan 2022 - The Venue, Shah Alam
Harga :
  • Dewasa (Seorang) - RM88
  • Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49
  • 1 Meja (10 Orang) - RM800
Lugar De La Boda, Puchong
Konsep : Menyajikan makanan berkonsepkan "Iftar Ramadhan"
Tarikh : 7 April - 30 April
Review & Info : Bufet Ramadan 2022 - Lugar De La Boda, Puchong
Harga :
  • Dewasa (Seorang) - RM69
  • Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM39
  • Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM39
  • 1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520

Perhatian : Senarai Bufet Ramadan 2022 ini adalah senarai tempat yang Momi pergi untuk sesi food review sahaja. Jika anda berminat untuk masukkan senarai tempat anda disini, boleh hubungi MOMI dekat DM Instagram atau email ke rafzantomomi365@gmail.com


Post a Comment

0 Comments