Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor - Tempat Makan Menarik Di Johor

Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor
Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari, Johor


Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari - Tempat Makan Menarik Di Johor | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini MOMI dan kawan-kawan ke Johor untuk bercuti dan jalan-jalan cari makan. Kebetulan dah lama sangat nak makan Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari sebab dah lama tak makan, jadi kami masukkan dalam senarai tempat yang kami nak singgah. Kali terakhir MOMI ke sini pada hujung 2018. Kalau anda yang selalu lalu lebuhraya PLUS ke Selatan, mesti pernah nampak papan tanda Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari berdekatan Ayer Hitam, Johor. Kali ini MOMI datang nak buat entri sebab datang buat kali kedua hehe.

Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor
Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor


Menu Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari
Pilihan makanan tidaklah banyak tapi restoran Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari memang sentiasa penuh dengan kehadiran pelanggan. Dekat sini pilihan Nasi Arab dalam pinggan atau dulang menjadi pilihan pelanggan. Jika anda memesan Nasi Arab dalam dulang, anda akan dapat air sirap dalam jug secara percuma (kalau beli 2 dulang, dapat 2 juga air). Harga juga sedikit berbeza berbanding tahun 2018. Kedua-dua hidangan Berikut adalah senarai menu dan harga Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari tahun 2022 dan harganya : 

Set Dulang Nasi Arab
Nasi Arab Bersama 2 Kambing 1 Ayam - RM61.50
Nasi Arab Bersama 1 Kambing 2 Ayam - RM56.20
Nasi Arab Kambing - RM64.65
Nasi Arab Ayam - RM54.05

Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor
Nasi Arab Kambing - Kari Kambing 40 Hari Johor

Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor
Nasi Arab Ayam - Kari Kambing 40 Hari Johor


Pinggan Nasi Arab
Nasi Arab Kambing - RM16.95
Nasi Arab Ayam - RM14.85

Kemudahan Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari Johor
Untuk pengetahuan anda, Parkir di restoran ini pula sangat terhad dan mungkin anda akan berjalan jauh sedikit sebab perlu parkir jauh. Jangan risau, surau dan bilik air disediakan berhampiran restoran ini.


Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor
Nasi Arab - Kari Kambing 40 Hari Johor

Review Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari Johor
MOMI jarang makan nasi arab kecuali kalau teringin. Masa pertama kali cuba memang rasa puas hati. Untuk percubaan kedua, tetap sama rasa dia. Kalau anda beli set dulang, memang puas makan. Rasanya satu dulang untuk 3 pax, tapi MOMI kongsi dengan kawan (2 orang). Biasa MOMI suka makan ayam kan? Kali ini MOMI sangat suka dengan Nasi Arab Kambing. Rasa kambingnya memang sedap dan sangat lembut. Kalau makan Nasi Arab Ayam, masih sedap dan dihidangkan bersama kuah kari. Tambahan pula, minum air sirap satu jug. Serius kenyang! haha.

Waktu Operasi Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari Johor
Dibuka setiap hari dari 7:30 pagi hingga 3:00 petang.

Alamat Restoran Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari Johor
No. 215, Kampung Haji Ghafar,
bt 5 ½, Jalan Yong Peng,
83730 Yong Peng, Johor. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-6272243, 014-6372243 atau 07-7583129. Jangan lupa ikuti mereka di Facebook. Selamat Menjamu Selera! 

Desclaimer : gambar pertama diambil semasa tahun 2018 sebelum PKP.

Post a Comment

0 Comments