Hometown Hainan Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam) - Food Review

Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)

Hometown Hainan Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam) - Tempat Makan Menarik Di Damansara | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kebetulan menginap dekat hotel Qliq sebelah Empire Damansara awal tahun ini, jadi MOMI cari tempat makan malam disekitarnya. Jalan-jalan dekat area sini terjumpa satu restoran "Hometown Coffee" atau dikenali dengan "Hometown Hainan Coffee". Apa yang menarik dekat sini untuk dicuba? Mari MOMI kongsikan. 

Dekat Hometown  Hainan Coffee banyak juga pilihan menu yang menarik. Konsepnya boleh dikatakan seperti kopitam. Makanan dan minuman yang dihidangkan dari sarapan pagi hingga makan malam termasuk Roti Bakar, Nasi Ayam Hainan, Nasi Lemak, Rice Bowl, Nasi Goreng, Mi, Masakan 'Western', Burger dan macam-macam lagi. 


Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)

Untuk makan malam ini, MOMI pilih makanan yang berat iaitu Nasi Lemak Ayam, Fried Chicken Chop Rice Bowl dan Honey Fried Chicken . Untuk minuman pula, Chocolate Frappe dan jus Tembikai. Untuk Nasi Lemak Ayam, sememangnya sedap dengan rasa nasi dan sambalnya yang menarik. Ditambah pula dengan ayam bahagian peha, Memang sedap hehe. Seterusnya, Fried Chicken Chop Rice Bowl juga sedap dimakan, lagi-lagi masa tengah panas. Untuk side dish pula, MOMI pesan Honey Fried Chicken. Ada dalam 6 ketul, rasanya sedap juga cuma tak boleh nak makan banyak hehe. Sebab teringin nak rasa, MOMI pesan Chocolate Frappe untuk minuman. Rasa Chocolate Frappe-nya biasa sahaja bagi MOMI (maksudnya sedap cuma rasa tiada yang ekstra gitu! hahaha).

Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)
Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)

Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)
Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)

Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)
Hometown Hainan  Coffee Empire Damansara (Versi Makan Malam)

Alamat Hometown Hainan Coffee Empire Damansara 
G10, Heritage Lane,
Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
Petaling Jaya, Selangor,

Post a Comment

0 Comments