|
Hometown Hainan Coffee Empire Damansara (Versi Sarapan Pagi) |
Hometown Hainan Coffee Empire Damansara (Versi Sarapan Pagi) - Tempat Makan Menarik Di Damansara | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sambungan dari entri sebelum ini, kali ini MOMI cari tempat sarapan pagi dan masih di restoran "Hometown Coffee" atau dikenali dengan "Hometown Hainan Coffee". Apa yang menarik dekat sini untuk dicuba untuk sarapan pagi? Mari MOMI kongsikan.
Dekat Hometown Hainan Coffee banyak juga pilihan menu yang menarik. Konsepnya boleh dikatakan seperti kopitam. Makanan dan minuman yang dihidangkan dari sarapan pagi hingga makan malam termasuk Roti Bakar, Nasi Ayam Hainan, Nasi Lemak, Rice Bowl, Nasi Goreng, Mi, Masakan 'Western', Burger dan macam-macam lagi.
|
Hometown Hainan Coffee Empire Damansara (Versi Sarapan Pagi) |
Untuk sarapan pagi pula, MOMI pilih makanan yang sesuai untuk sarapan iaitu Crispy Hainan Kaya Butter Bread, Curry Chicken With Roti Canai, Egg Mayo Toast dan Hainan Egg Toast (Kaya + Butter). Untuk minuman pula, MOMI pilih Chocolate dan Iced Soya Milk With Cincau. Pertama, MOMI cuba Crispy Hainan Kaya Butter Bread dengan rasa yang menarik. Rasa kaya dan 'butter' memang layan. Seterusnya, Curry Chicken With Roti Canai dengan rasa roti canai yang lembut, dicicah pula dengan kari ayam. Banyak isi ayam ya dalam kari. Kemudian, Egg Mayo Toast dan Hainan Egg Toast (Kaya + Butter) juga memang layan. Banyak lagi menu dekat Hometown Hainan Coffee ini, nanti rasa nak datang lagi ke sini hehe.
|
Hometown Hainan Coffee Empire Damansara (Versi Sarapan Pagi) |
Alamat Hometown Hainan Coffee Empire Damansara
G10, Heritage Lane,
Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
Petaling Jaya, Selangor,
0 تعليقات