Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini MOMI berkesempatan untuk menginap dua hari satu malam di Grand Barakah Hotel Ampang. Tahukah anda, Grand Barakah Hotel Ampang yang dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel Ampang mula beroperasi semula pada bulan Oktober 2021 dibawah pengurusan baru. Hotel 3 bintang ini diberi nafas baru dengan berkonsepkan islamik dan bakal memberikan anda pengalaman yang menarik sepanjang penginapan disini. Mari MOMI kongsikan pengalaman menginap dua hari satu malam di Grand Barakah Hotel Ampang. 

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik
Lobi Grand Barakah Hotel Ampang

Bilik dan Fasiliti Grand Barakah Hotel Ampang

Grand Barakah Hotel Ampang ini mempunyai 11 tingkat dan menawarkan 205 bilik termasuk bilik Premier dan Deluxe (mengikut tingkat). Untuk "Premier Floor", Grand Barakah Hotel Ampang menawarkan 3 jenis bilik iaitu "Premier Deluxe", "Premier Junior Suite" dan "Premier Executive Suite". Manakala untuk "Deluxe Floor" pula menawarkan 3 jenis bilik iaitu "Deluxe". "Junior Suite" & "Executive Suite".

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik


PREMIER FLOOR

PREMIER DELUXE (26 sqm)
Jenis Katil : Queen / Twin
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM230
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM260

PREMIER JUNIOR SUITE (45 sqm)
Jenis Katil : King
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM330
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM360

PREMIER EXECUTIVE SUITE (65 sqm)
Jenis Katil : King
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM430
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM460

DELUXE FLOOR

DELUXE (26 sqm)
Jenis Katil : Queen / Twin
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM200
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM230

JUNIOR SUITE (45 sqm)
Jenis Katil : Queen / Twin
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM270
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM300

EXECUTIVE SUITE (65 sqm)
Jenis Katil : King
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM370
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM400


Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Setiap bilik di Grand Barakah Hotel Ampang ini lengkap dengan fasiliti asas seperti televisyen, peti sejuk mini, mini bar, sejadah, peti besi penyimpanan, penyangkut baju, kerusi rehat dan tuala. Bagi bilik Premier, anda bakal dapat tuala secara percuma dengan setiap penginapan. Harga mengikut pilihan pengunjung bermula RM200 dan ia tertakluk kepada terma dan syarat. 


Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik


Kemudahan & Tempat Makan Di Grand Barakah Hotel Ampang

Hotel yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur ini merupakan antara hotel di Malaysia yang memperkenalkan konsep islamik. Grand Barakah Hotel Ampang turut menyediakan surau yang agak luas di tingkat 3 untuk kegunaan tetamu dan juga dibuka khas untuk solat Jumaat kepada orang ramai termasuk ruang solat untuk muslimah. Surau yang menjadi tumpuan pada setiap waktu solat, qiamulail dan juga solat terawih (pada bulan ramadhan). Surau Jumaat Nurul Hikmah mempunyai orang 3 imam tetap dan setiap Jumaat akan diadakan majlis tazkirah pada pukul 12.20 tengahari yang mana tazkirah akan disampaikan oleh ustaz yang dijemput khas oleh pihak hotel.

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Terdapat 3 restoran didalam Grand Barakah Hotel Ampang diyakini menggunakan 100% produk halal dan pengunjung boleh tanpa was-was. Tiga restoran tersebut ialah "Warisan Bonda", "The Rumbia" dan "Al Azzraf". Di "Warisan Bonda", mereka menyajikan makanan bertemakan Hari Raya setiap hari termasuk ketupat, lemang, rendang, nasi lemak dan banyak lagi. Manakala, "The Rumbia" merupakan Coffee House yang menyediakan makanan dari sarapan pagi hingga makan malam. Akhir sekali, "Al Azzraf" yang menyajikan hidangan arab dan turki dalam suasana yang privasi dan esklusif. 

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik
Warisan Bonda

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik
The Rumbia

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik
Al-Azzraf

Paling best, kolam renang juga turut disediakan.

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Ballroom Di Grand Barakah Hotel Ampang

Grand Barakah Hotel Ampang turut menyediakan ruang dewan yang luas dan selesa. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis keraian seperti pertunangan, pernikahan, perkahwinan, malam anugerah dan sebagainya. Dewan ini mampu memuatkan sehingga 600 pax untuk satu-satu masa mengikut SOP yang ditetapkan. Harga yang ditawarkan bermula serendah RM38 (setiap pax) untuk hidangan buffet ataupun Dome Set. Nak buat mini pentas untuk pelamin, meja buffet, meja hidangan dan pelbagai kemudahan turut disediakan.

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Ulasan Keseluruhan

Selama dua hari satu malam penginapan di Grand Barakah Hotel Ampang, MOMI boleh katakan penginapan yang selesa dan sangat berbaloi. MOMI suka dengan suasana hotel yang bersih, selesa dan dekorasi yang menarik. Jenis MOMI memang jenis nak berehat dan nak rasa suasana hotel, memang sesuai sangat. Ada pulak restoran "Warisan Bonda" memang kena dengan jiwa MOMI yang sukakan makanan hari raya hehe. 

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Grand Barakah Hotel Ampang - Hotel Yang Selesa Berkonsepkan Islamik

Untuk pertanyaan dan tempahan Grand Barakah Hotel Ampang, hubungi:-
0197194070 - Ain
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
03-42207070- Pejabat

Untuk maklumat lanjut mengenai Grand Barakah Hotel Ampang, anda boleh layari lawan web rasmi Grand Barakah Hotel. Untuk ketahui promosi terkini, jangan lupa ikuti mereka di media sosial : Facebook, Instagram dan Twitter. Sekali sekala jomlah menginap di Grand Barakah Hotel Ampang dan rasai sendiri penginapan yang selesa. 

Post a Comment

4 Comments

Cik Min said…
Next time dtg sini nak berenang kat swimming pool dia la haha
Sally Samsaiman said…
menarik betul uiii...dah dekat sangat dgn rumah Sally...mmg nmpk terpampang bufet juadah Raya tuuu...dah mmg niat nak pergi...hehehe
Rafzan Tomomi said…
ye siss. ayuhh sambil menjadi netijen hahahaa
Rafzan Tomomi said…
ape lagi siss. ayuhh kita hahahhaa